PROMOSI NOTA CENDAWAN 2011

PERCUMA PANDANGAN @ KOMEN @ IKLAN DISINI

ProjekCendawan 0 Komen & pandangan









Pada 22 hingga 25 april 2008. Pasukan Usahawan Tani Trading (projekcendawan.com) telah melawat ke Miri dan Mukah, Sarawak bagi mencari peluang perniagaan hasil tani. Sepanjang berada di Negeri Kenyalang ini, hampir keseluruhan muka bumi di dua daerah ini diusahakan tanaman ladang kelapa sawit. Ladang yang berkeluasan beribu-ribu ekar diusahakan lebih rancak disini.

Di Miri, daerah kecil Subis yang jaraknya 120 km, telah dijadikan ladang kelapa sawit besar-besaran disini. Dari Ladang kelapa Sawit satu hingga lima zon yang telah ditanam pokok kelapa sawit sebagai sumber pendapatan utama penduduk di daerah Kecil Subis.

Semasa melawat tapak projek baru (site survey), projekcendawan.com telah melawat di tamu Batu Niah, kami amat tertarik dengan hasil tani yang dijual oleh orang kampung khususnya dari kaum Kayan, Kenyah dan Iban disini. Hasil tani seperti buah-buahan seperti Salak Madu dijual disini disamping sayur-sayuran. Pusat pengumpulan pertanian dikumpul segar sebelum dipasarkan ke penduduk setempat di daerah Miri, Batu Niah.

Asyik leka kami memerhati suasana di Tamu, saya terpandang longgokan hasil tani yang dipamerkan disana. Hasil tani yang dimaksudkan ialah cendawan. Cendawan yang saya lihat ini bukanlah cendawan yang biasa saya lihat di Semenanjung. Cendawan ini diambil dari hasil komposit atau hampas kelapa sawit yang tidak digunakan. Penduduk setempat memanggilnya kulat kelapa sawit. Rasanya lemak dan sedap bila dimasak. Saya bertanyakan kepada peniaga tamu disana, 1 longgokan cendawan yang dipamerkan berharga RM 6.00, kalau tidak silap saya kalau lebih kurang 400 gram. Kulat kelapa sawit ini di dapati pada komposit atau hampas kelapa sawit yang dibuang (wasteproduct). Dilonggokkan pada satu kawasan dan dibiarkan basah serta ditutup plastik. Selapas 5 hari, dibuka plastik kanvas biru dan dibiarkan untuk menunggu cendawan yang tumbuh di longgokan hampas kelapa sawit ini.


Saya juga telah membeli Kulat Kelapa Sawit untuk merasa keenakannya. Di dalam fikiran saya, sekiranya hasil tani dari bahan terbuang seperti hampas kelapa sawit, boleh digunakan sebagai medium beg cendawan bagi menghasilkan tanaman cendawan kelapa sawit atau Cendawan Tiram Kelabu. Penanaman yang sistematik dapat menggalakan produktiviti penghasilan cendawan yang sememangnya mendapat permintaan tinggi di Sarawak. Ini menggalakan usahawan-usahawan di dalam bidang pertanian sebagai sumber pendapatan yang lumayan.

Coretan perjalanan: Peluang ada dimana-mana, terpulang kepada kita untuk merebut segala peluang yang diberi untuk menjana pendapatan berasaskan pertanian. Semoga coretan perjalanan projekcendawan.com membuka minda anda kalian. Tunggu coretan perjalanan ke negara Laut Meditranean mencari projek cendawan di luar negara. Tunggu ya- Izwan

ProjekCendawan 0 Komen & pandangan


Kepada semua peserta yang telah mendaftar kursus penanaman cendawan pada 26 April 2008, telah ditunda kepada 03 mei 2008. Diharapkan kepada para peserta telah menerima info ini melalui email dan sms daripada urusetia. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi pihak uruestia. 012-295 2321.

Kepada yang berminat, sila mendaftarkan segera bagi kursus penanaman cendawan pada 3 Mei 2008, sila mendaftar di http://www.usahawantani.com.my. Walaubagaimanapun tempat hanya terhad kepada 30 orang sahaja. Status kini yang sudah mendaftar adalah 18 orang peserta. Masih ada kekosongan lagi 12 peserta!!8

ProjekCendawan 0 Komen & pandangan

Jom jalan-jalan di Semporna Regatta Lepa-lepa 2008

Setelah 4 bulan merancang untuk bercuti bersama-sama dengan sahabat karib Rizal, pilihan seterusnya pasti di Semporna, Sabah. Tarikan regatta ini adalah tarikan terbesar untuk aku dan rakan untuk ke Semporna yang terkenal sebagai pintu masuk ke batu karang di perairan Pulau Sipadan dan Mabul.

Dengan menaiki penerbangan syarikat tambang murah, Air Asia. Semasa promosi tambang yang dikenakan pergi dan balik hanya RM 150.00 sahaja. Selalunya tambang yang dikenakan adalah lebih dari RM 300 ++. Alhamdulillah perancangan bercuti ke sana juga terlaksana juga. Selamat tinggal kerja-kerja di pejabat dan di ladang cendawan. Bertolak dari KL Sentral dengan menaiki bas ekspres Airobus dengan tambang RM 9.00 menuju ke LCCT Sepang. Sepanjang perjalanan hujan lebat dengan angin ribut yang kuat. Alhamdulillah perjalanan di dalam bas tiba pada waktunya hanya 1 jam 10 minit sepeti yang dipaparkan di dalam brosur airobus.


Apabila tiba di LCCT Sepang, pada pukul 6.00 petang tepat. Terus aku membawa backpack aku ke kaunter Air Asia yang sedia menanti untuk didaftar masuk. Setelah siap daftar-masuk, aku terus melabuhkan dibangku kerusi sambil menungggu panggilan untuk berlepas. Hujan masih lagi renyai-renyai.

Tepat jam 1800 (kira pukul 6.00 petang) aku dan rizal melangkah masuk ke badan pesawat AK5156 Airbus 320. Disambut mesra dengan pramugari serba merah. Perjalanan diudara mengambil masa 2 jam 45 minit. Aku melelapkan mataku. Mungkin keletihan juga.

Pemandangan dari sayap kapal terbang..
Perjalanan menuju ke Semporna, Sabah menggunakan kereta sewa

Singgah sebentar ke kedai buah-buahan dan hasil tani.
Keropok Amplang yang terkenal di Tawau, Sabah

Sambu layangan menyambut ketibaan kami

Mengimbas kembali sejarah di Semporna…

Semporna dterletak di selatan timur Sabah. Semporna dijumpai selepas British menubuhkan Sandakan. Nama Semporna bermaksud “tempat istirehat” dan nama ini diberi selepas British berjaya menumpaskan penentangan kaum Bajau iaitu penduduk tempatan pada pertengahan 1880. Jadi nama sebelum Semporna adalah Tongtalon. Majoriti kaum disini adalah Bajau Laut. Kebanyakkan Bajau Laut menetap di tepi pantai. Bot yang diperbuat dari kayu balak yang digunakan oleh kaum ini masih boleh dijumpai pada masa kini. Pedagang Cina memainkan peranan penting dalam membangunkan ekonomi di Bandar Semporna. Peternakan mutiara bermula pada tahun 1963 yang meliputi beribu-ribu hektar dan telah menghasilkan mutiara yang banyak untuk dijual di pasaran tempatan dan antarabangsa. Kedudukan Semporna yang strategik juga sesuai untuk menternak tiram bagi mendapatkan mutiara yang menjadi kegilaan para wanita.

Ruangan menginap yang ringkas di Scuba Junkies. konsep Backpackers.

Akibat terpegun melihat suasana di Semporna, Terbabas kami di jalan. Nasib baik selamat

Kerana regatta lepa-lepa….

Tapi bukan itu sahaja kedatangan kami ke Semporna untuk mendapatkan mutiara. Tapi kerana keunikan pesta regatta lepa-lepa di Semporna yang diraikan sempena yang ke 15 di dalam bulan pesta air yang disambut setiap tahun.
Sejarah lepa dikatakan bermula di Kampung Nusalalung, Pulau Bum-Bum di Semporna, kira-kira 600 kilometer (km) dari Kota Kinabalu. Ia digunakan secara meluas dalam majlis perkahwinan, berkhatam al-Quran dan berkhatan malah digunakan untuk berdakwah sejak kurun ke-14.

Malah, perahu lepa berukuran lima meter panjang dan 1.5 meter lebar digunakan sebagai kediaman orang laut yang dikenali sebagai ‘Palau'.

Tuntutan arus pembangunan secara tidak langsung meminggirkan budaya yang kian pupus ini. Tambahan pula, bilangan pembuat atau tukang perahu lepa juga semakin berkurangan, manakala dengan golongan berusia yang menjalankan aktiviti membuat perahu lepa secara sampingan.
Lepa dalam bahasa Bajau bermaksud perahu.

LEPA untuk etnik Bajau di Semporna tidak hanya bermakna perahu yang menjadi nadi perhubungan masyarakat di negeri paling timur Malaysia itu.

Tradisi pembuatan perahu itu juga mempunyai hubung kait dengan perkembangan masyarakat pribumi Sabah itu.

Biasanya, ia diperbuat daripada kayu jenis ubar suluk ataupun seraya merah dan merupakan peninggalan budaya yang diwarisi sejak zaman-berzaman oleh suku kaum Bajau Semporna. Sejak kurun ke 14, ia merupakan pengangkutan utama untuk membawa muatan pedagang-pedagang tempatan dari Semporna ke Kepulauan Sulu, Borneo, Kalimantan.

Selain itu, Lepa juga merupakan tempat kediaman bagi orang laut yang dikenali sebagai Palau. Pulau ini berlabuh di kawasan air yang tenang dan mereka hidup dengan budayanya tersendiri.

Lepa juga amat berpengaruh dalam perkembangan seni budaya tempatan. Dalam persembahan kebudayaan, alat-alat muzik tradisional ataupun tagungguh akan dimainkan di atas Lepa. Lepa merupakan satu lambang keagungan survival dan warisan budaya bangsa Bajau Semporna di mana ia masih lagi wujud hingga ke hari ini. Dengan liuk lentok penari gadis bajau diatas lepa-lepa pasti membuat sesiapa akan tertarik dengan tarian igal-igal. Aku pun terpegun dengan melihat tarian igal-igal ini yang selalu dipersembahankan semasa majlis keramaian seperti pesta lepa-lepa, Majlis perkahwinan dan majlis rasmi dengan diiringi peralatan muzik tradisonal seperti kulintangan iaitu alat muzik menggunakan tangan dan tambul dimainkan di atas lepa.

Kini budaya yang diwarisi sejak zaman berzaman oleh suku kaum Bajau dipersembahkan dengan meriah dan gemilang untuk dihayati generasi pada hari ini. Aku tertarik dengan budaya yang banyak di Malaysia ini. Terima kasih ke saudara Hanafiah, rakan niaga aku di Semporna, Sabah yang merupakan Cucu kepada Tun Sakaran.

Bersama-sama dengan rakan niaga kami di Semporna. En Hanafiah dan En Rizal





Tempat makan yang best di Semporna, Mabul Cafe dan juga Uncle Chang Cafe . Makanan seafood

Untuk tatapan sebuah kenangan
Tarian igal-igal yang dipersembahkan diatas lepa-lepa atau bot


Anak-anak laut dari kaum Bajau Laut di sekitar Semporna

Melabuhkan bot di Pulau Mabul, Semporna.. Cantiknya!!!
Antara penempatan penduduk Kaum Bajau Laut di Semporna...

p/s: Kedatangan kami ke Semporna bukan sahaja bercuti bahkan ingin membuat sebuah projek baru yang akan dijalankan secara usahasama dengan pendudukan pesisir pantai Semporna. Tunggu sahaja projek kami yang dimaksudkan.

ProjekCendawan 0 Komen & pandangan


SILA BERHUBUNG DENGAN URUSETIA BAGI SETIAP IKLAN YANG DIPAPARKAN.

ProjekCendawan 0 Komen & pandangan

Gadis gagal ke IPT usaha tanaman secara komersial jana pendapatan tetap


TUARAN, SABAH Walaupun tanaman cendawan masih baru dan belum luas diusahakan di daerah ini, hasil serta pulangan diperoleh pengusaha yang menceburi bidang itu secara komersial cukup membanggakan dan lumayan.

Justeru, bidang itu dilihat mempunyai masa depan cerah jika ada usaha mempromosikannya secara berterusan, termasuk galakan dan bantuan kerajaan menerusi agensi berkaitan.


Ketika ini, bilangan petani yang terbabit dalam penanaman cendawan di Tuaran boleh dihitung dengan jari berikutan kurang pendedahan mengenai peluang yang ada serta masa depan perusahaan itu.

Menyedari penanaman cendawan menjanjikan masa depan cerah untuk dikomersialkan dan lumayan hasilnya, beberapa petani di daerah ini mengambil inisiatif sendiri menceburi perusahaan itu secara kecil-kecilan yang dijalankan di halaman rumah.

Ternyata, usaha tanpa kemahiran dijalankan petani kampung itu memberi pendapatan sara diri untuk keluarga, selain dapat mengisi masa lapang dengan pekerjaan bermanfaat sementara menunggu masa menuai hasil padi sawah dan bukit.

Antaranya, Sylvia Ellianor Boyong, 23, yang memberanikan diri menceburi penanaman cendawan sepenuh masa di Kampung Suromboton, Tenghilan, Tamparuli sejak awal 2006.

Hasilnya, ketekunan usaha gadis Dusun lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi (IPT) kerana halangan masalah kewangan itu, membolehkannya tersenyum dengan usaha dilakukan dua tahun lalu itu.

"Selain menghadapi masalah kewangan yang menghalang saya melanjutkan pengajian di peringkat IPT, saya menyimpan hasrat membantu merealisasikan hasrat kerajaan menjadikan pertanian sebagai perniagaan.

"Saya menceburi penanaman cendawan secara komersial di halaman rumah dengan menamakan perusahaan itu Sylvia Mushrooms Enterprise," katanya ditemui di lokasi tanaman cendawan di Kampung Suromboton, Tenghilan, baru-baru ini.

Sylvia adalah satu-satunya pengusaha muda yang sanggup menghasilkan masa remajanya dengan menceburi bidang yang jarang diminati golongan seusianya.

Dengan pondok daripada daun rumbia dan diselimuti kelambu hitam, Sylvia menempatkan lebih 50 bungkus habuk papan dalam plastik secara bertingkat sebagai tempat menyemai benih cendawan.

Beliau yang bermula dengan modal RM1,000 mengusahakan tiga spesies cendawan tempatan iaitu cendawan tiram, cendawan putih dan cendawan kelabu, manakala benih diperoleh daripada pengeluar di Kundasang, Ranau.

"Cendawan boleh dipasarkan selepas seminggu penuaian hasil, manakala sebahagian besar permintaan datangnya daripada penggemar makanan itu di sekitar Tuaran, Tamparuli dan Kota Belud.

"Ada ketikanya saya tidak mampu memenuhi permintaan pelanggan yang bertambah dari sehari ke sehari memandangkan hasil tanaman cendawan saya usahakan masih pada tahap kecil-kecilan," katanya.

Sylvia berkata, penjagaan tanaman cukup penting untuk menjamin kualiti keluaran, selain memastikan bekalan tidak putus setiap minggu bagi memperoleh pendapatan secara berpanjangan.

Katanya, tanaman cendawan tidak memerlukan sebarang baja dan semburan racun serangga kerana pembesarannya dipengaruhi kesuburan semaian serta jumlah air.

Beliau mengakui minat menceburi penanaman cendawan secara komersial timbul selepas mengikuti beberapa kursus berkaitan anjuran Jabatan Pertanian Tuaran dan Penampang.

Katanya, perusahaan yang dijalankan dengan bantuan keluarga itu kini menjadi sumber pendapatan tetapnya, di samping mengusahakan kolam ikan dan tanaman sayur-sayuran.

Sylvia menjadikan tamu mingguan di Tuaran, Tamparuli dan Kota Belud sebagai pusat pasaran hasil cendawan, selain memenuhi tempahan orang ramai di Kota Kinabalu setiap minggu.

Sehubungan itu, beliau berterima kasih kepada beberapa wakil rakyat termasuk bekas Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Wilfred Madius Tangau, yang banyak membantu merealiasasikan tanaman cendawan diusahakan itu.

FAKTA: Projek diusahakan Sylvia Mushrooms Enterprise

  • Diusahakan di halaman rumah

  • Projek pertama di Kampung Suromboton

  • Di tanam dalam pondok khas

  • Mula berbunga selepas tiga hari disemai.

  • ProjekCendawan 1 Komen & pandangan



    Nama Peserta : Puan Normah Binti Abu Bakar
    Lokasi : Kg Kepala Bukit, Gurun, Kedah
    Keluasan Projek: 6 X 13 kaki persegi belakang rumah.
    Boleh memuatkan 8000 bungkah cendawan
    (Sehingga 13 April 2008)


    Pemantauan oleh: ProjekCendawan.Com (Pembekal Beg Cendawan Berbenih)

    Pada 13 April 2008, projekcendawan.com telah melawat kawasan projek penanaman cendawan yang telah diusahakan oleh Puan Normah dari Gurun Kedah. Beliau merupakan bekas peserta kursus penanaman cendawan anjuran ProjekCendawan.Com batch 26 Jan 2008. Kehadiran projekcendawan.com ke kawasan tapak projekcendawan bertujuan memantau dan memberi khidmat nasihat selepas kursus cendawan yang diadakan sebelum ini.

    Semasa lawatan pemantauan di tapak projek cendawan, keluasan tapak projek penanaman cendawan beliau hanya 6 kaki X 30 kaki persegi dengan ketinggian rak kayu mencapai 13 kaki. Ya. Tapak projek merupakan dibelakang rumah beliau. Dijangkankan dengan keluasan rak begitu, lebih kurang 7 ribu beg boleh dimuatkan dibelakang rumah beliau. Saya telah melihat dan membuat pemantauan berkaitan dengan kesesuaian tempat. ini kerana, penanaman cendawan berkait rapat dengan suhu, pencahayaan, kelembapan dan lokasi. Saya mendapati, suasana yang sejuk dan kelembapan yang tinggi juga menggalakkan cendawan tumbuh dengan elok. Dengan erti kata lain, kelopak cendawan tidak berombak-ombak akibat suhu panas. Puan normah juga telah memasang guni-guni kain yang terpkai dibawah susur bumbung bagi mengelakkan kepanasan tengahari. ProjekCendawan telah memaklumkan kepada beliau agar menyembur air dengan skala percikan air ke guni-guni tersebut bagi mengekalkan kelembapan diantara 80-90%. Netting hitam dengan peratusan telap cahaya 90% digunakan sebagai dinding pemampan cahaya.


    Pihak projekcendawan.com juga telah membekal 5000 set penanaman cendawan yang ditempah oleh Puan Normah daripada ProjekCendawan.Com. Kini Puan normah telah memulakan penanaman cendawan fasa demi fasa bagi meneruskan penanaman cendawan sebagai mata pencarian kedua selepas menjual jagung madu disekitar jalan Gurun- Sungai Petani. Syabas diucapkan kepada Puan Normah kerana mengoptimumkan dibelakang rumah sebagai sumber pendapatan beliau.

    Nota kami: Akan datang, Apartmen di Pulau Pinang dijadikan tapak projek Cendawan di Pulau Pinang oleh peserta ProjekCendawan.Com . Tunggu hasil pemantau dari bekas peserta projekCendawan.Com. Bukan sekadar angan-angan tapi ia realiti dari kami.

    ProjekCendawan 1 Komen & pandangan

    Ahmad Bakri sambut seruan kerajaan tambah bilangan usahawan tani Bumiputera

    MARAN: Kemampuan Bumiputera dalam sektor pertanian komersial bukan sesuatu yang baru. Bilangan mereka yang semakin bertambah membuktikan usaha gigih itu mampu menghasilkan pendapatan lumayan jika dilakukan bersungguh-sungguh.
    Bagaimanapun, jumlah mereka yang terbabit dalam industri tanaman cendawan masih kurang menyebabkan seorang bekas mekanik, Ahmad Bakri Ishak, 30, berhasrat mendalami bidang itu secara lebih serius.
    Ahmad Bakri berkata, sepanjang terbabit dalam sektor itu tiga tahun lalu, beliau menyedari bahawa pertanian memberi lebih keuntungan jika diusahakan secara lebih praktikal dan bersistematik.

    Bersama isteri, Norsailah Mohd Alias, 27, beliau memulakan projek tanaman cendawan di belakang rumah ibunya, Asiah Abdullah, di Felda Bukit Tajau, Maran, selepas melihat dan mengkaji nilai komersial tanaman itu di pasaran tempatan.

    Tanpa sebarang kursus dan latihan asas mengenai proses penanaman dan penghasilan cendawan, beliau membuat keputusan membina sebuah rumah cendawan sebagai permulaan dan membeli bahan mentah iaitu habuk kayu getah, dedak ayam halus, kapur pertanian dan mesin pengisar habuk dengan modal permulaan RM4,000.
    "Lawatan ke beberapa ladang cendawan di Triang dan Balok berjaya membuka minda saya untuk memulakan perniagaan ini selepas mendapat nasihat pengusaha itu sendiri selain dorongan keluarga."Walaupun pada peringkat awal projek, saya hanya memperoleh pendapatan RM400 hingga RM600 sebulan, ia tidak mematahkan semangat untuk meneruskannya kerana yakin `pertanian adalah perniagaan," katanya.
    Ahmad Bakri berjaya meningkatkan pendapatannya kepada RM3,000 sebulan dan mula membuat simpanan untuk membina dua lagi rumah cendawan bagi menampung permintaan pasaran.Kini, syarikatnya, ABS Bakri Enterprise adalah pengeluar cendawan tiram kelabu yang aktif membekalkan cendawan segar dan bungkah benih cendawan kepada penduduk setempat, pembekal dari luar daerah dan sekitar Maran terutama peniaga kedai makan dan restoran.

    Beliau berkata, walaupun permintaan semakin meningkat, pihaknya tidak dapat memenuhinya berikutan kekurangan bahan mentah dan pekerja."Ada ketikanya, bekalan benih cendawan kehabisan dan saya terpaksa pergi ke ladang cendawan di Triang untuk mendapatnya dalam kuantiti yang besar, selain membeli habuk kayu getah sehingga 10 tan pada satu-satu masa."Benih cendawan dibeli RM5 bagi setiap botol dan boleh diisi dalam 30 bungkah, manakala habuk kayu yang dibeli berharga RM400 bagi setiap 10 tan boleh menghasilkan antara 20,000 hingga 25,000 bungkah," katanya.

    Ahmad Bakri memperuntukkan sebahagian besar masanya meneliti bungkah cendawan bagi memastikan ia dalam keadaan baik dan tidak dicemari bakteria atau kuman, selain ancaman tikus.Beliau berkata, penjagaan rapi dan penetapan masa penting bagi memastikan kadar pertumbuhannya selari dengan tempoh ditetapkan iaitu antara 40 dan 50 hari bagi kutipan hasil setiap satu pusingan.

    "Saya menggunakan modal sendiri menjalankan kegiatan ini kerana tidak mahu dibebani hutang seandainya projek ini gagal."Sekarang, saya memiliki sebuah rumah cendawan berukuran 14 x 16 kaki yang boleh memuatkan sehingga 5,000 bungkah cendawan dalam satu masa, sebuah bilik penyediaan bungkah cendawan dan sebuah bekas untuk mengewap bungkah," katanya.

    Ahmad Bakri berkata, beliau mampu menjual antara 4,000 hingga 5,000 bungkah cendawan sebulan dan permintaan terus meningkat berikutan orang ramai mula didedahkan dengan kebaikan dan khasiatnya."Saya juga membekalkan cendawan segar pada harga RM10 sekilogram, manakala RM1 dan RM1.20 bagi setiap bungkah cendawan," katanya.

    Menurutnya, proses pembiakan cendawan tiram kelabu tidak sukar kerana ia memerlukan suhu lembap sekitar 27 darjah celsius dan 90 peratus kegelapan bilik yang sentiasa bertutup untuk membiak cepat dan sihat. Selain itu, lantai rumah cendawan perlu disiram antara satu dan dua kali sehari bagi melembapkan suhu dalam rumah cendawan berkenaan."Jika terdedah pada kepanasan matahari, cendawan akan menjadi kecut menyebabkan kualitinya merosot. "Selain itu, bungkah cendawan juga akan rosak jika terkena air dan alah kepada bauan seperti minyak wangi dan asap rokok kerana ia boleh menjejaskan pertumbuhannya," katanya yang turut mendapatkan maklumat mengenai tanaman cendawan menerusi internet.

    Ahmad Bakri berkata, berdasarkan potensi pasaran cendawan, pihaknya sedia membantu mana-mana usahawan yang mahu terbabit dalam sektor itu walaupun diusahakan secara kecil-kecilan. "Kita perlu menyahut seruan kerajaan supaya terbabit dalam sektor pertanian kerana ia mampu memberi pulangan lumayan.Berdasarkan pengalaman, saya sedia menyalurkan ilmu kepada sesiapa yang berminat, sekali gus pembabitan mereka kelak dapat menampung permintaan cendawan yang semakin meningkat," katanya.

    ProjekCendawan 0 Komen & pandangan

    TAWARAN TERAKHIR.... LAST MINUTE......!!!

    KURSUS PENANAMAN CENDAWAN

    LOKASI: DEWAN KOMPLEKS DEWAN SULTANAH BAHIYAH, KOMPLEKS MASJID SULTANAH BAHIYA, ALOR SETAR. KEDAH

    MASA: 8.30 PAGI- 5.30 PETANG.

    TARIKH : 12 APRIL 2008 (SABTU)

    MASIH ADA KEKOSONGAN 7 DARI 60 ORANG PESERTA


    KEPADA YANG SUADAH MENDAFTAR ATAU YANG BERMINAT, SILA DOWNLOAD SURAT JEMPUTAN DAN HUBUNGI URUSETIA BAGI TEMPAHAN KEKOSONGAN YANG ADA. WALK IN PADA HARI PENDAFTARAN.

    HUBUNGI SEKARANG!!! 012-2952321

    SILA KLIK SINI UNTUK DOWNLOAD SURAT JEMPUTAN & SILA CETAK!!

    UNTUK PENDAFTARAN SEGERA!! SILA SMS :

    NAMA & KP KE 012-2952321

    ATAU

    DAFTAR ONLINE DI SINI

    ProjekCendawan 2 Komen & pandangan


    Anda berminat untuk mengikuti kursus benih? Cima Agro akan mengadakan kursus benih pada 17 Mei dan 18 Mei (2 hari). Kursus ini akan dijayakan dengan kerjasama Jabatan Pertanian Putrajaya. Yuran Kursus adalah RM750.00. Makan tengahari dan minum petang, nota, sijil, peralatan asas keperluan membuat benih akan di berikan.

    Tarikh tutup 10 Mei 2008.

    (Sebahagian daripada jumlah kutipan bayaran kursus akan digunakan untuk menyara yuran anak anak tahfiz)

    NOTA PROJEKCENDAWAN.COM : KEPADA YANG BERMINAT, SILA HUBUNG DENGAN SYARIKAT CIMA AGRO UNTUK MEBUAT TEMPAHAN PENYERTAAN ATAU LAWATI LAMAN WEB htpp://cima-agro.blogspot.com REBUTLAH PELUANG INI . ANDA PASTI TIDAK AKAN MENYESAL.

    ProjekCendawan 1 Komen & pandangan

    TANAMAN cendawan adalah antara industri semakin berkembang di negara ini kerana keadaan iklim dan cuaca amat bersesuaian bagi menghasilkan tanaman itu secara komersial.

    Cendawan bukan saja enak dimakan dengan pelbagai jenis masakan, malah ia juga mengandungi banyak khasiat untuk kesihatan, selain ada jenis tanaman itu yang boleh dijadikan ubat bagi merawat penyakit tertentu.

    Pengarah Urusan Vita Agrotech Sdn Bhd, Ooi Ching Kiau, 46, berkata pilihannya untuk mengusahakan industri cendawan secara besar-besaran tepat kerana mampu menjana pendapatan lumayan.

    Selepas hampir 20 tahun, syarikatnya kini berdiri teguh sebagai peneraju terbesar perusahaan itu di negara ini. Syarikat yang berpangkalan di Tanjung Sepat, Selangor, berupaya mengeluarkan kira-kira 1,200 kilogram (kg) cendawan sehari serta produk lain (lingzhi) berasaskan tanaman berkenaan.

    Kerana terlalu menggemari masakan cendawan, Ooi dan isterinya, Cheng Poh Guat, 45, mengambil keputusan untuk menanam sendiri tanaman itu secara sambilan pada 1987.

    Hasil tanaman dijual di pasar, pasar raya dan restoran di sekitar Tanjung Sepat, selain membuat demonstrasi masakan daripada cendawan.


    Ooi yang pada ketika itu bekerja sebagai guru tidak patah semangat walaupun cendawan tidak begitu popular sebagai bahan masakan. Malah, penanaman cendawan ketika itu belum lagi diusahakan secara meluas oleh kerajaan.

    "Pada mulanya saya hanya menanam dua jenis cendawan iaitu cendawan tiram kelabu dan cendawan tiram putih dengan hasil kira-kira 50 kilogram sehari dan ia terus meningkat 200 kilogram sehari di kawasan seluas sehektar selepas lima tahun menceburi bidang ini.

    "Selepas melihat potensi cerah dalam bidang itu, saya perluaskan tanaman dengan mendirikan sebanyak 60 rumah cendawan di kawasan seluas 5.6 hektar di Tanjung Sepat meliputi tujuh jenis cendawan iaitu cendawan tiram kelabu, cendawan bunga kobis, cendawan tiram putih, cendawan abalon, cendawan jeli hitam, cendawan merah atau ganoderma," katanya.

    Beliau berkata, secara keseluruhan 1,000 kilogram cendawan sehari dihasilkan, manakala 200 kilogram lagi termasuk cendawan merah digunakan menghasilkan produk perubatan, seperti kapsul, minuman, kopi, penjagaan kesihatan (ubat gigi, sabun, kosmetik dan losen) serta dijadikan kepingan kering (direbus untuk dijadikan ubat).

    Sebelum ini, beliau mengeksport cendawannya ke Singapura, tetapi kini lebih menumpukan perhatian kepada pasaran tempatan.

    "Kita juga menjual benih cendawan kepada pengusaha lain. Ramai pengusaha dari Pahang, Terengganu dan Kelantan datang ke sini membeli cendawan, benih dan peralatan lain yang berkaitan untuk industri ini," katanya.

    Ooi juga bertuah kerana isterinya yang memiliki ijazah dalam bidang biokimia menjadi tulang belakang kepada syarikat ini dan memantau secara berkala terhadap perkembangan serta pembangunan tanaman berkenaan.

    Malah, syarikat itu juga mempunyai pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) sendiri untuk menghasilkan pelbagai jenis spesies cendawan serta melakukan pelbagai jenis penyelidikan termasuk benih dan baja. Antara R&D yang dilakukan membabitkan pengeluaran barang berasaskan gano.

    Pada Oktober 2006, beliau menubuhkan Ganofarm Sdn Bhd bagi memperluaskan perniagaan yang memfokus penanaman serta pengeluaran produk perubatan cendawan merah.

    Sementara itu, Cheng yang akan melanjutkan pelajaran bidang kedoktoran dalam bidang biokimia, berkata matlamat syarikatnya adalah untuk menjadi pengeluar terbaik cendawan dan produk berkaitan di rantau ini.

    Syarikat itu sudah mendapat sijil pengiktirafan ISO 9001, sijil SALM (dari Jabatan Pertanian) dan dalam proses mendapatkan sijil organik Malaysia dan Malaysia Best.

    Bagi memantapkan hasil tanaman dan produk cendawan, pihaknya mengadakan kerjasama dengan universiti tempatan (Universiti Malaya) dan Jabatan Pertanian untuk R&D, melatih pengusaha baru dan pelajar universiti.

    Cheng dan suaminya dengan dibantu pekerja mereka juga menjalani latihan di China untuk memperkukuhkan lagi pengetahuan dan pengalaman dalam bidang penanaman cendawan.

    "Ladang kami juga kerap menerima pelawat daripada pelbagai golongan untuk melihat dan mempelajari secara dekat berkaitan industri ini, khususnya kepada pengusaha baru dan pelancong luar negara. Kita menjadi ladang cendawan pertama yang terbabit dalam agro pelancongan dalam bidang ini," katanya

    Beliau berkata, industri cendawan dianggap masih baru di negara ini dan mempunyai potensi yang baik kerana tanaman itu amat sesuai dengan cuaca di negara ini.

    Bagaimanapun, beliau tidak menafikan banyak risiko dalam industri ini sekiranya ia tidak dijaga dengan baik serta tidak mempunyai pengetahuan cukup berkaitannya.

    "Tanaman boleh musnah dan rosak kerana mudah dijangkiti penyakit terutama jika mengabaikan kebersihan dan kawalan suhu di dalam rumah cendawan itu. Suhu ideal bagi tanaman cendawan ialah antara 25 hingga 25 darjah celsius," katanya yang turut menyimpan hasrat untuk menanam cendawan butang, eringi dan hitam.

    ProjekCendawan 0 Komen & pandangan

    Komuniti blogger di Malaysia menyifatkan kesediaan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek untuk bertemu dengan mereka sebagai pengiktirafan kepada peranan komuniti siber di negara ini.

    Yasser Arafat Ishak atau lebih dikenali sebagai Jiwarasa dalam kalangan komuniti siber berkata kesediaan Ahmad Shabery untuk mendengar pandangan golongan itu adalah perkembangan positif dalam aspek pembinaan negara.

    Katanya kesediaan itu juga memberikan ruang kepada kerajaan untuk mengenali peranan golongan itu dalam mengupas isu semasa yang menjadi perhatian rakyat pelbagai kaum di negara ini.

    "Kenyataan Menteri Penerangan itu satu perkembangan positif dan ini bermakna kerajaan mengakui pengaruh blogger dalam membentuk pandangan masyarakat di negara ini," katanya kepada Bernama selepas sesi diskusi "Penulis dan Blog: Trend Masa Kini" anjuran Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di DBP di sini hari ini.

    Yasser dan Nisah Haron, juga seorang blogger, adalah dua anggota panel bagi sesi diskusi itu yang dipengerusikan pensyarah Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM) Shamsudin Othman, mengulas kesediaan Shabery untuk berjumpa dengan komuniti siber itu dalam masa terdekat.

    Semalam, Shabery berkata kementerian itu memandang berat peranan yang dimainkan media alternatif seperti laman blog dan internet kerana mereka mempunyai peranan tersendiri dalam membina negara.

    Statistik Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia (MCMC) menunjukkan 13.5 juta orang atau 47.8 peratus daripada 28.29 juta populasi di negara ini menggunakan internet pada tahun lepas, membuktikan ruang siber mempunyai kebolehcapaian audien yang tinggi.

    Dianggarkan kini terdapat lebih 70 juta web blog di seluruh dunia dengan blog yang menggunakan bahasa Jepun tertinggi mewakili 37 peratus daripada jumlah keseluruhan blog diikuti bahasa Inggeris (33 peratus), bahasa Cina (8 peratus), bahasa Itali (tiga peratus), Parsi (satu peratus) dan seterusnya bahasa lain.

    Timbalan Presiden Geng Jurnal, Zaifulnizam Wagiran atau nama sibernya Attokz, berkata kesediaan Ahmad Shabery untuk berjumpa dengan blogger menunjukkan kerajaan mula menyedari pengaruh blogger dalam membentuk kesedaran politik golongan muda.

    "Ahli politik dah terjaga daripada tidur lena ekoran keputusan pilihan raya umum lepas. Kelebihan ada pada pembangkang yang telah menggunakan blog sepenuhnya sehingga menyebabkan golongan muda berpihak kepada mereka.

    "Mungkin sudah terlambat tetapi keadaan ini masih boleh dibaiki," katanya.

    Beliau berkata tidak semua blog bersifat negatif kerana ada yang memberi komen membina.

    Geng Jurnal adalah komuniti siber yang memperjuangkan bahasa Malaysia dengan penggunaan bahasa Malaysia dalam blog lebih 3,000 anggotanya yang aktif di seluruh negara.

    Nisah berkata kesediaan Ahmad Shabery itu mengiktiraf blog sebagai medium baru bersifat dua hala yang cepat dan kebolehcapaian audien yang tinggi.

    "Ini (pengiktirafan) akan menghapuskan prejudis terhadap blogger," katanya.

    Pihak ProjekCendawan.Com juga mengharapkan pihak kerajaan juga membuka peranan blog bukan sahaja sebuah perkongsian maklumat, bah kan sebuah komuniti yang mempunyai pengikutnya yang tersendiri. Impak di dalam blog juga dapat memberi rangkaian atau jaringan pemasaran yang lebih global di dalam dunia masa kini yang dahagakan maklumat dihujung jari. Fikir-fikirkanlah.

    ProjekCendawan 0 Komen & pandangan

    Malaysia ada 500,000 laman blog

    KUALA LUMPUR 1 April – Sedar atau tidak, tetapi Malaysia adalah antara negara yang memiliki pengendali laman blog yang tertinggi di dunia selepas Kesatuan Eropah dan Indonesia.

    Malaysia dianggar memiliki hampir 500,000 blog yang aktif dikendalikan oleh pelbagai pihak atas tujuan berlainan.

    Pensyarah Jabatan Media Universiti Malaya, Dr. Abu Hassan Hasbullah berkata, ini menjadikan penggunaan blog sebagai sangat berkuasa dalam mempengaruhi pemikiran rakyat negara ini terutama mengenai politik.

    Katanya, blog kini mempunyai jangkauan penyebaran maklumat sangat berkesan memandangkan jumlah pengguna Internet yang melayari web dan blog adalah sangat ramai setiap hari.

    “Kajian pihak kami mendapati 70 peratus keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu dipengaruhi oleh maklumat yang dipaparkan dalam blog,” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pada forum bertajuk Masyarakat dan Media Dalam Pilihan Raya 2008 di sini hari ini.

    Forum turut disertai Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Johan Jaafar.

    Terdahulu dalam ucapannya, Dr. Abu Hassan berkata, kerajaan mengambil pendirian tidak mempedulikan maklumat dalam blog sebelum pilihan raya tetapi pembangkang bertindak sebaliknya.

    Beliau berkata, pemimpin kerajaan kini juga boleh menggunakan blog untuk berkempen tetapi mereka perlu ingat bahawa masa sehingga 10 tahun diperlukan bagi membolehkan sesuatu blog itu mula dikenali ramai.

    Johan pula berkata, sesetengah blog begitu berpengaruh apabila menerima sehingga sejuta kunjungan dalam satu hari yang normal.

    “Kalau pada hari-hari yang ada isu yang panas, jumlah kunjungan boleh mencecah antara tiga dan empat juta,” katanya.


    Projekcendawan.com: Anda masih masih menunggu lagi?? Blog adalah medium pemasaran berkesan di dalam industri pertanian. Ayuh rakan-rakan semua. Tingkatkan ilmu teknologi maklumat, pasarkan produk hasil tani ke persada dunia...