PROMOSI NOTA CENDAWAN 2011

PERCUMA PANDANGAN @ KOMEN @ IKLAN DISINI

ProjekCendawan 0 Komen & pandangan

Bagi menyahut seruan agar rakyat berbudi pada tanah, Jaafar Md Amin, telah mengusahakan penanaman cendawan tiram bukan sahaja untuk kegunaan sendiri tetapi juga bagi tujuan komersil.

Jaafar yang mula berjinak dengan dunia pertanian sejak tamat sekolah menengahnya pada 1982, berkata penanaman cendawan tiram boleh diusahakan sendiri oleh sesiapa sahaja khususnya suri rumah.

"Hanya dengan modal tak sampai RM50, suri rumah boleh menanam sendiri cendawan di halaman rumah mereka. Mereka boleh meletakkan tabung (beg plastik yang diletakkan bahan membantu pembiakan cendawan) sebagai tanaman hiasan.

"Mereka juga boleh meletakkannya sebagai pokok hiasan yang digantung atau meletakkannya di atas para kecil dalam kawasan rumah. Ia tidak memerlukan kawasan yang luas. Tinggal di rumah flat pun boleh tanam cendawan ini," katanya ketika ditemui di tapak Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro-Pelancongan (MAHA) di Serdang dekat sini hari Khamis.

Jaafar berkata persekitaran yang redup dan tidak menerima sinaran matahari terik dapat membantu dalam proses pertumbuhan cendawan.

Katanya tanaman cendawan juga boleh dijadikan antara elemen bagi menghasilkan bahan makanan sekaligus menjimatkan perbelanjaan isi rumah.

Beliau berkata sebuah tabung plastik yang siap dengan medium pembiakan cendawan itu berharga hanya RM2, manakala harga benih cendawan pula berbeza mengikut jenis cendawan.

"Apa yang menarik untuk seseorang melibatkan diri dalam penanaman cendawan ialah anda tidak perlu menanam semula benih selepas menuainya. Setiap tabung yang sihat akan mengeluarkan hasil dalam masa dua minggu dan boleh mengeluarkan hasil untuk enam atau tujuh kali tuaian," kata Jaafar.

Menurut beliau antara medium yang digunakan untuk menjadi agen pembiakan cendawan ialah serbuk kayu getah, kapur tanaman dan dedak beras.

Jaafar yang mengusahakan penanaman cendawan secara komersil di Kampung Sebatu, Merlimau, Melaka, adalah antara peserta yang mengambil bahagian bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan Malaysia (FAMA) di pameran berkenaan.

0 Komen & pandangan: