Jom jalan-jalan di Semporna Regatta Lepa-lepa 2008
Setelah 4 bulan merancang untuk bercuti bersama-sama dengan sahabat karib Rizal, pilihan seterusnya pasti di Semporna,
Dengan menaiki penerbangan syarikat tambang murah, Air Asia. Semasa promosi tambang yang dikenakan pergi dan balik hanya RM 150.00 sahaja. Selalunya tambang yang dikenakan adalah lebih dari RM 300 ++. Alhamdulillah perancangan bercuti ke
Apabila tiba di LCCT Sepang, pada pukul 6.00 petang tepat. Terus aku membawa backpack aku ke kaunter Air Asia yang sedia menanti untuk didaftar masuk. Setelah siap daftar-masuk, aku terus melabuhkan dibangku kerusi sambil menungggu panggilan untuk berlepas. Hujan masih lagi renyai-renyai.
Mengimbas kembali sejarah di Semporna…
Kerana regatta lepa-lepa….
Tapi bukan itu sahaja kedatangan kami ke Semporna untuk mendapatkan mutiara. Tapi kerana keunikan pesta regatta lepa-lepa di Semporna yang diraikan sempena yang ke 15 di dalam bulan pesta air yang disambut setiap tahun.
Sejarah lepa dikatakan bermula di Kampung Nusalalung, Pulau Bum-Bum di Semporna, kira-kira 600 kilometer (km) dari Kota Kinabalu. Ia digunakan secara meluas dalam majlis perkahwinan, berkhatam al-Quran dan berkhatan malah digunakan untuk berdakwah sejak kurun ke-14.
Malah, perahu lepa berukuran lima meter panjang dan 1.5 meter lebar digunakan sebagai kediaman orang laut yang dikenali sebagai ‘Palau'.
Tuntutan arus pembangunan secara tidak langsung meminggirkan budaya yang kian pupus ini. Tambahan pula, bilangan pembuat atau tukang perahu lepa juga semakin berkurangan, manakala dengan golongan berusia yang menjalankan aktiviti membuat perahu lepa secara sampingan.
Lepa dalam bahasa Bajau bermaksud perahu.
LEPA untuk etnik Bajau di Semporna tidak hanya bermakna perahu yang menjadi nadi perhubungan masyarakat di negeri paling timur
Tradisi pembuatan perahu itu juga mempunyai hubung kait dengan perkembangan masyarakat pribumi
Biasanya, ia diperbuat daripada kayu jenis ubar suluk ataupun seraya merah dan merupakan peninggalan budaya yang diwarisi sejak zaman-berzaman oleh suku kaum Bajau Semporna. Sejak kurun ke 14, ia merupakan pengangkutan utama untuk membawa muatan pedagang-pedagang tempatan dari Semporna ke Kepulauan Sulu, Borneo,
Selain itu, Lepa juga merupakan tempat kediaman bagi orang laut yang dikenali sebagai
Lepa juga amat berpengaruh dalam perkembangan seni budaya tempatan. Dalam persembahan kebudayaan, alat-alat muzik tradisional ataupun tagungguh akan dimainkan di atas Lepa. Lepa merupakan satu lambang keagungan survival dan warisan budaya bangsa Bajau Semporna di mana ia masih lagi wujud hingga ke hari ini. Dengan liuk lentok penari gadis bajau diatas lepa-lepa pasti membuat sesiapa akan tertarik dengan tarian igal-igal. Aku pun terpegun dengan melihat tarian igal-igal ini yang selalu dipersembahankan semasa majlis keramaian seperti pesta lepa-lepa, Majlis perkahwinan dan majlis rasmi dengan diiringi peralatan muzik tradisonal seperti kulintangan iaitu alat muzik menggunakan tangan dan tambul dimainkan di atas lepa.
p/s: Kedatangan kami ke Semporna bukan sahaja bercuti bahkan ingin membuat sebuah projek baru yang akan dijalankan secara usahasama dengan pendudukan pesisir pantai Semporna. Tunggu sahaja projek kami yang dimaksudkan.
0 Komen & pandangan:
Catat Ulasan