Pages

PROMOSI NOTA CENDAWAN 2011

PERCUMA PANDANGAN @ KOMEN @ IKLAN DISINI

ProjekCendawan 2 Komen & pandangan

TANAMAN cendawan adalah antara industri semakin berkembang di negara ini kerana keadaan iklim dan cuaca amat bersesuaian bagi menghasilkan tanaman itu secara komersial.

Cendawan bukan saja enak dimakan dengan pelbagai jenis masakan, malah ia juga mengandungi banyak khasiat untuk kesihatan, selain ada jenis tanaman itu yang boleh dijadikan ubat bagi merawat penyakit tertentu.

Pengarah Urusan Vita Agrotech Sdn Bhd, Ooi Ching Kiau, 46, berkata pilihannya untuk mengusahakan industri cendawan secara besar-besaran tepat kerana mampu menjana pendapatan lumayan.

Selepas hampir 20 tahun, syarikatnya kini berdiri teguh sebagai peneraju terbesar perusahaan itu di negara ini. Syarikat yang berpangkalan di Tanjung Sepat, Selangor, berupaya mengeluarkan kira-kira 1,200 kilogram (kg) cendawan sehari serta produk lain (lingzhi) berasaskan tanaman berkenaan.

Kerana terlalu menggemari masakan cendawan, Ooi dan isterinya, Cheng Poh Guat, 45, mengambil keputusan untuk menanam sendiri tanaman itu secara sambilan pada 1987.

Hasil tanaman dijual di pasar, pasar raya dan restoran di sekitar Tanjung Sepat, selain membuat demonstrasi masakan daripada cendawan.


Ooi yang pada ketika itu bekerja sebagai guru tidak patah semangat walaupun cendawan tidak begitu popular sebagai bahan masakan. Malah, penanaman cendawan ketika itu belum lagi diusahakan secara meluas oleh kerajaan.

"Pada mulanya saya hanya menanam dua jenis cendawan iaitu cendawan tiram kelabu dan cendawan tiram putih dengan hasil kira-kira 50 kilogram sehari dan ia terus meningkat 200 kilogram sehari di kawasan seluas sehektar selepas lima tahun menceburi bidang ini.

"Selepas melihat potensi cerah dalam bidang itu, saya perluaskan tanaman dengan mendirikan sebanyak 60 rumah cendawan di kawasan seluas 5.6 hektar di Tanjung Sepat meliputi tujuh jenis cendawan iaitu cendawan tiram kelabu, cendawan bunga kobis, cendawan tiram putih, cendawan abalon, cendawan jeli hitam, cendawan merah atau ganoderma," katanya.

Beliau berkata, secara keseluruhan 1,000 kilogram cendawan sehari dihasilkan, manakala 200 kilogram lagi termasuk cendawan merah digunakan menghasilkan produk perubatan, seperti kapsul, minuman, kopi, penjagaan kesihatan (ubat gigi, sabun, kosmetik dan losen) serta dijadikan kepingan kering (direbus untuk dijadikan ubat).

Sebelum ini, beliau mengeksport cendawannya ke Singapura, tetapi kini lebih menumpukan perhatian kepada pasaran tempatan.

"Kita juga menjual benih cendawan kepada pengusaha lain. Ramai pengusaha dari Pahang, Terengganu dan Kelantan datang ke sini membeli cendawan, benih dan peralatan lain yang berkaitan untuk industri ini," katanya.

Ooi juga bertuah kerana isterinya yang memiliki ijazah dalam bidang biokimia menjadi tulang belakang kepada syarikat ini dan memantau secara berkala terhadap perkembangan serta pembangunan tanaman berkenaan.

Malah, syarikat itu juga mempunyai pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) sendiri untuk menghasilkan pelbagai jenis spesies cendawan serta melakukan pelbagai jenis penyelidikan termasuk benih dan baja. Antara R&D yang dilakukan membabitkan pengeluaran barang berasaskan gano.

Pada Oktober 2006, beliau menubuhkan Ganofarm Sdn Bhd bagi memperluaskan perniagaan yang memfokus penanaman serta pengeluaran produk perubatan cendawan merah.

Sementara itu, Cheng yang akan melanjutkan pelajaran bidang kedoktoran dalam bidang biokimia, berkata matlamat syarikatnya adalah untuk menjadi pengeluar terbaik cendawan dan produk berkaitan di rantau ini.

Syarikat itu sudah mendapat sijil pengiktirafan ISO 9001, sijil SALM (dari Jabatan Pertanian) dan dalam proses mendapatkan sijil organik Malaysia dan Malaysia Best.

Bagi memantapkan hasil tanaman dan produk cendawan, pihaknya mengadakan kerjasama dengan universiti tempatan (Universiti Malaya) dan Jabatan Pertanian untuk R&D, melatih pengusaha baru dan pelajar universiti.

Cheng dan suaminya dengan dibantu pekerja mereka juga menjalani latihan di China untuk memperkukuhkan lagi pengetahuan dan pengalaman dalam bidang penanaman cendawan.

"Ladang kami juga kerap menerima pelawat daripada pelbagai golongan untuk melihat dan mempelajari secara dekat berkaitan industri ini, khususnya kepada pengusaha baru dan pelancong luar negara. Kita menjadi ladang cendawan pertama yang terbabit dalam agro pelancongan dalam bidang ini," katanya

Beliau berkata, industri cendawan dianggap masih baru di negara ini dan mempunyai potensi yang baik kerana tanaman itu amat sesuai dengan cuaca di negara ini.

Bagaimanapun, beliau tidak menafikan banyak risiko dalam industri ini sekiranya ia tidak dijaga dengan baik serta tidak mempunyai pengetahuan cukup berkaitannya.

"Tanaman boleh musnah dan rosak kerana mudah dijangkiti penyakit terutama jika mengabaikan kebersihan dan kawalan suhu di dalam rumah cendawan itu. Suhu ideal bagi tanaman cendawan ialah antara 25 hingga 25 darjah celsius," katanya yang turut menyimpan hasrat untuk menanam cendawan butang, eringi dan hitam.

2 Komen & pandangan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualakum.
dgn berbekalkan modal 50k sy berminat utk projek cendawan ini tetapi sy x tau mencari pasaran mana yg boleh membeli cendawan ini pada kuantiti yg byk sekali gus.bolehkah saudara membantu saya?

MNZ FOCUS VENTURE berkata...

Saya ingin mengeluarkan produk makanan dan perubatan yg berasaskan dari cendawan juga seperti GANOFARM SDN BHD cuma saya ingin tahu bagaimana saya ingin mendapatkan senarai ramuan produk saya di Jabatan Kerajaan dan Swasta