PROMOSI NOTA CENDAWAN 2011

PERCUMA PANDANGAN @ KOMEN @ IKLAN DISINI

ProjekCendawan 0 Komen & pandangan


Cendawan Shiitake ditanam di puncak Gunung Jerai, Kedah

Pada 23 September 2007, Pasukan Projek Cendawan (saya) telah membuat perjumpaan dengan pemilik Ladang Cendawan Shiitake yang terkenal di Malaysia, En Ooi dan Dr. Shirly (Syarikat Agro Bio Future ) . En ooi merupakan ayah kepada Dr Shirly mengusahakan cendawan shiitakae ini sejak tahun 1985. En Ooi merupakan pesara dari Syarikat Bernas Malaysia, telah memulakan langkah menanam cendawan seluas 11 ekar di puncak Gunung Jerai Kedah. Dengan suhu dingin antara 18-24 Darjah Celsius, saya dapat melihat pertumbuhan shiitake di Ladang Cendawan Gunung Jerai begitu segar sekali pada kertinggian 3800 meter.


Ladang Cendawan 11 Ekar di Puncak Gunung Jerai Dan Kotak Pakejing Cendawan

Sepanjang saya bersama-sama berbincang berkaitan dengan bidang penanaman cendawan shiitake ini, En ooi tidak lokek berkongsi ilmu di dalam penanaman cendawan tanah tinggi ini. Ramai yang tidak mengetahui, khasiat cendawan shiitake ini mempunyai permintaan tinggi terhadap cendawan shiitake atau nama saintifiknya `Lentinus Edodus' di pasaran tempatan mendorong ramai pengusaha berminat menceburi penanamannya. Buat masa sekarang hanya terdapat 2 pengusaha yang mengusahakan Ladang Cendawan Shiitake ini antaranya ialah Koperasi Pembangunan Desa di Kundasang, Sabah dan Ladang Cendawan Shiitake di Gunung Jerai, Kedah. Cendawan Shiitake benih asalnya berasal dari Jepun mula ditanam di Gunung Jerai dan kini telah mula menyesuaikan keadaaan sekitar di Gunung Jerai.


Saiz yang sesuai dituai bagi cendawan shiitake

En Ooi juga menyatakan antara faktor yang menggalakkan beliau mengusaha menanam dan juga minat pengguna terhadap cendawan shiitake ialah kerana khasiatnya. Berikut adalah antara khasiat dan sebab kenapa ia semakin menjadi pilihan ramai antara sebabnya adalah kerana engandungi Lentinan iaitu ubat antikanser. Juga diguna sebagai terapi imun untuk kanser paru-paru, usus, serviks dan payudara. Dapatmerencat kejadian semula kanse dan juga Meningkatkan sistem imun dengan merangsang limfusit dan makrofaj melawan bakteria, virus, sel tumor dan toksin.

Cendawan Shiitake masih berada di dalam beg media

En Ooi juga memaklumkan bahawa Cendawan Shiitake memerlukan suasana yang boleh ditanam di tanah tinggi kerana pertumbuhan cendawan memerlukan suhu yang sejuk. Penanaman shiitake mudah diceburi dan hanya memerlukan pengawasan rapi untuk menghasilkan produk bermutu dan serta mengamalkan amalan organik di dalam ladangnya.

Dr. Shirly juga Syarikat Agro - Bio Future Sdn Bhd mengalu-alukan kepada pengusaha-pengusaha yang beminat menanam cendawan shiitake. Ini kerana permintaan cendawan shiitake Gunung Jerai amatlah tinggi di pasaran luar negara. Ladang Cendawan Shiitake Gunung Jerai telah memasuki pasaran di Gedung Pasar Raya Jaya Jusco, Tesco dan Juga pasaran luar negara. Saya juga difahamkan bahawa Syarikat Agro Bio Future sedang melatih dan membantu pengusaha cendawan berhampiran di kawasan Tanah Tinggi Lojing, Kelantan di dalam penanaman cendawan shiitake bagi memenuhi permintaan pasaran.

Laman web: http://www.agrobio-future.com/

Nota kami: Terima kasih kepada En Ooi dan Dr Shirly diatas maklumat yang boleh dikongsikan bersama. Banyak peluang yang boleh diterokai di dalam bidang cendawan khususnya penanaman cendawan shiitake. Lain kali kami akan datang lagi. :)

0 Komen & pandangan: