Di Miri, daerah kecil Subis yang jaraknya 120 km, telah dijadikan ladang kelapa sawit besar-besaran disini. Dari Ladang kelapa Sawit satu hingga
Semasa melawat tapak projek baru (site survey), projekcendawan.com telah melawat di tamu Batu Niah, kami amat tertarik dengan hasil tani yang dijual oleh orang kampung khususnya dari kaum Kayan, Kenyah dan Iban disini. Hasil tani seperti buah-buahan seperti Salak Madu dijual disini disamping sayur-sayuran. Pusat pengumpulan pertanian dikumpul segar sebelum dipasarkan ke penduduk setempat di daerah Miri, Batu Niah.
Asyik leka kami memerhati suasana di Tamu, saya terpandang longgokan hasil tani yang dipamerkan disana. Hasil tani yang dimaksudkan ialah cendawan. Cendawan yang saya lihat ini bukanlah cendawan yang biasa saya lihat di Semenanjung. Cendawan ini diambil dari hasil komposit atau hampas kelapa sawit yang tidak digunakan. Penduduk setempat memanggilnya kulat kelapa sawit. Rasanya lemak dan sedap bila dimasak. Saya bertanyakan kepada peniaga tamu disana, 1 longgokan cendawan yang dipamerkan berharga RM 6.00, kalau tidak silap saya kalau lebih kurang 400 gram. Kulat kelapa sawit ini di dapati pada komposit atau hampas kelapa sawit yang dibuang (wasteproduct). Dilonggokkan pada satu kawasan dan dibiarkan basah serta ditutup plastik. Selapas 5 hari, dibuka plastik kanvas biru dan dibiarkan untuk menunggu cendawan yang tumbuh di longgokan hampas kelapa sawit ini.
Saya juga telah membeli Kulat Kelapa Sawit untuk merasa keenakannya. Di dalam fikiran saya, sekiranya hasil tani dari bahan terbuang seperti hampas kelapa sawit, boleh digunakan sebagai medium beg cendawan bagi menghasilkan tanaman cendawan kelapa sawit atau Cendawan Tiram Kelabu. Penanaman yang sistematik dapat menggalakan produktiviti penghasilan cendawan yang sememangnya mendapat permintaan tinggi di
Coretan perjalanan: Peluang ada dimana-mana, terpulang kepada kita untuk merebut segala peluang yang diberi untuk menjana pendapatan berasaskan pertanian. Semoga coretan perjalanan projekcendawan.com membuka minda anda kalian. Tunggu coretan perjalanan ke negara Laut Meditranean mencari projek cendawan di luar negara. Tunggu ya- Izwan
0 Komen & pandangan:
Catat Ulasan