PROMOSI NOTA CENDAWAN 2011

PERCUMA PANDANGAN @ KOMEN @ IKLAN DISINI

ProjekCendawan 0 Komen & pandangan



Malaysia Agriculture, Holticulture & Agrotourism (MAHA) kini telah bermula pada 11 Ogos sehingga 23 Ogos 2008 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia berhampiran di kawasan kompleks MARDI, Serdang. Saat ini yang dinanti-nantikan oleh penternak, petani dan para pengusaha hasil hiliran asas tani. Perasmian oleh YB Perdana Menteri pasti memeriahkan lagi dengan kehangatan sambutan produk-produk hasil tani yang pasti menguja sesiapa yang datang. Manakan tidaknya, kawasan tapak pameran yang luas pastikan membakar kalori anda!!! kalau tak percaya, kenalah datang ke MAHA 2008 ini. Kalau rasa malas nak bakar kalori, boleh lah naik trem yang dikenakan RM 1 sekali bayar. Kalau MAHA 2006, naik traktor. Kini semakin canggih selaras dengan kemajuan pertanian. Itulah simboliknya MAHA 2008 ini untuk mengindustrikan pertanian sebagai gedung makanan negara. Eh rasa seronok juga naik trem yang terbuka dengan angin sepoi-sepoi bahasa. Kalau tak naik rugi juga tau. Sempena cuti sekolah ni, marilah pakat-pakat bawa keluarga. Banyak informasi yang boleh dikongsikan di dalam ekspo MAHA 2008 ini.


Inilah tiket untuk naik trem

Saya juga berpeluang untuk melihat-lihat di tapak pameran MAHA bermula dengan pintu no 2 yang terletak berhampiran dengan tempat letak kereta yang bertar. Kalau MAHA 2006 yang lepas, para pengunjung akan melatakkan kereta di tempat letak kereta yang diratakan dengan batu-batu kerikil. Kini tempat letak kereta di kawasan MARDI kini telah bertar dan dikenakan tiket bayaran RM 5.00 sehari. Namun tiket bayaran untuk parking tidak kekal kerana ada pengunjung yang mengadu dan mengeluh kerana bayaran parking ini terlalu tinggi. Diatas aduan dan keluhan pengunjung setia MAHA, harga tiket diturunkan kepada RM 2.00. Alhamdulillah.. kurang sikitlah rasanya untuk membayar tempat letak parking kereta di MAHA 2008.


Banyaknya kereta. Ini baru slot parking dibawah. Belum lagi diatas bukit.

Berkunjung ke Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2008 yang diadakan di tapak kekalnya di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) bermula Selasa lalu sepatutnya menjanjikan kelainan dan keistimewaan tersendiri.

Di dalam perjalanan ke pintu masuk no 2. Gambar disebelah kanan, gerai-gerai buah-buahan. Banyaknya buah, harga pun murah.


Betapa tidak, kunjungan tersebut perlu disertai dengan harapan dan iltizam untuk ‘bertemu’ teknologi-teknologi baru dan terkini dalam sektor pertanian yang tidak mungkin anda temui apabila berkunjung ekspo atau karnival seumpamanya, di mana pun anda melawat.

Justeru MAHA yang diadakan dua kali setahun sejak penganjuran pertama pada 1999 bukanlah semata-mata untuk menjadikannya pesta makan buah-buahan, pesta makan kerepek atau karnival ternakan untuk meraikan kejayaan petani semata-mata.

Perlu diingat bahawa MAHA bertujuan supaya pengunjung dan rakyat Malaysia secara amnya diberi pemahaman mengenai hasrat kerajaan memberi suntikan baru mengenai bidang yang sebelum ini dianggap terpinggir atau hanya industri di belakang rumah.

Pameran kali ini dan beberapa acara sebelumnya sebenarnya satu peluang bagi mereka yang berminat dengan teknologi, mekanisasi dan automasi.

Teknologi akan selamanya membawa kelainan setiap MAHA diadakan dan pada kali ini antara yang wajar mendapat tumpuan ialah pertanian persis atau perladangan tepat, teknologi fertigasi, sistem pemantauan vesel (VMS), mesin-mesin seperti transplanter, varieti baru tanaman, teknologi pembiakbakaan haiwan dan pelbagai produk berasaskan bioteknologi termasuk kultur tisu.

Sebahagian besar kalangan kita terutama pengusaha pertanian mungkin sudah lama ‘berkenalan’ dengan teknologi-teknologi tersebut tetapi sebahagian besarnya mungkin agak asing dan pertama kali mendengarnya.

Mungkin agak keterlaluan jika mengatakan sebahagian besar rakyat Malaysia terutama yang ‘buta teknologi maklumat’ mengetahui teknologi bersepadu pengurusan ladang menggunakan sistem pertanian persis yang menggunakan teknologi maklumat. Sememangnya maklumat bidang pertanian kini boleh diakses menggunakan komputer seperti blog pertanian cendawan www.projekcendawan.com.

Selain itu, turut diperkenalkan ialah teknologi fertigasi iaitu penanaman sayur-sayuran khususnya jenis berbuah menggunakan baja dan pengairan serentak di bawah struktur pelindung hujan.

Mereka yang berminat dengan teknologi pembiakbakaan boleh menyaksikan sendiri bagaimana demonstrasi mengutip air mani kambing dilakukan.

Kambing jenis baka Jamnapari pun ada. Agak-agak kambing nih boleh cakap hindustan tak?




Contoh kandang kambing mini


Bagi yang berminat dengan penternakan kambing, mereka boleh menyaksikan beberapa baka yang popular khususnya Boer.Malah pengunjung boleh mendapatkan maklumat dan perkembangan semasa industri ternakan kambing selain khidmat nasihat daripada pengusaha dan pegawai yang terlibat secara langsung.Selain itu, teknologi penghasilan baka tanaman secara penggandaan seperti kultur tisu juga diketengahkan. Ramai daripada kita telah mengenali teknologi ini tetapi lebih ramai yang belum mengetahuinya. Alangkah baiknya ibubapa menggunakan peluang bercuti ke tempat seperti MAHA 2008 ini yang penuh dengan informasi ini.

Pemandangan bangunan dewan D yang menempatkan gerai-gerai hasil hiliran. Rugi tak datang!!

Pendek kata MAHA ialah platform yang menggabungkan segalanya dalam satu.Selain itu, turut diperkenalkan ialah pelabagi varieti tanaman berasaskan makanan seperti ubi keledek Vitato dan betik eksotika yang dihasilkan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).Varieti baru buahan-buahan seperti nangka dan manggis , serta jambu air dikenali sebagai Malay apple juga dipamerkan untuk tatapan dan dinikmati pengunjung.

Perlu diingat, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), menyediakan ribuan tan buah-buahan di Gerai Buah-buahan Segar (GBBS) pada kali ini termasuk durian, langsat, manggis, cempedak dan mangga. Puaslah makan buah-buahan. Saya pun tergoda dengan ribuan buah-buahan tempatan yang sememangnya menjadi pilihan rakyat Malaysia. Raja buah, durian juga ada dijual.

Di MAHA 2008 juga merupakan medan pertemuan dengan pengusaha-pengusaha cendawan, diantaranya dari pengusaha cendawan dari Kuantan, Pahang. Kapt(B), Puan Nornie dari Batang Kali, Selangor dan juga rakan pengusaha cendawan goreng di rumah Negeri Sembilan. Kalau pergi, kenalah singgah makan cendawan goreng. Terima kasih kerana dapat berbual dan bertanya diantara kalian semua. Sepanjang pameran MAHA 2008, Syarikat C&C juga terlibat sama di dalam pameran kerepek cendawan. Syarikat Future Bio milik En Ooi juga dari Gunung Jerai, Kedah memperagakan cendawan shiitake di rumah Kedah. Untuk melihat rumah cendawan contoh, boleh melawat di booth Pertubuhan Peladang, di Dewan A


Booth Cendawan Goreng Segar oleh Cendawanmambau.Com. Memang sodap!!!







Contoh rumah cendawan di booth Pertubuhan Peladang.



Beg media cendawan Shiitake oleh Bio Future, Kedah


Sekadar coretan bergambar.. Bukti tau dah sampai di MAHA 2008


Bersama rakan penanam Cendawan Tengku Isrola'ala dari Ipoh, Perak

ProjekCendawan 0 Komen & pandangan

Pada 2-3 Ogos 2008 , Projekcendawan.Com (Usahawan Tani Trading ) telah menghadiri seminar francais 2008 di PWTC, Kuala Lumpur bagi mengorak langkah untuk mengindustrikan pertanian yang berasaskan cendawan kepada hasil hiliran yang pelbagai.

Dengan menjadikan konsep francais di dalam bidang pertanian mampu meningkatkan pendapatan dengan penjenamaan semula dan konsep baru di dalam perniaagaan ini. Memandangkan industri francais di Malaysia menarik memandangkan ia masih lagi di peringkat awal pertumbuhan.

Walaubagaimanapun, ilmu bidang francais yang akan diadaptasi perlulah dipelajari bagi memantapkan pemasaran dan peningkatan produk yang berkualiti. Berteraskan ilmu adalah segala-galanya. ProjekCenndawan.com telah menghadiri seminar Francais di PWTC pada 2-3 Ogos 2008 yang lalu. Tidak sangka rupanya Malaysia khususnya industri francais Malaysia mendapat banyak sokongan kerajaannya berbanding negara lain di dunia dan perniagaan francais akan memanfaatkan ekonomi yang sedang mengalami pertumbuhan.

Sepanjang menghadiri seminar francais, pihak projekcendawan.com telah mendapat pelbagai maklumat yang berkaitan dengan bidang francais. Bidang francais bukan sahaja sebuah organisasi jaringan bahkan mengklonkan kejayaan.Memfrancaiskan bidang pertanian yang berdaya maju, pastikan akan menjana keuntungan yang berlipat ganda. Insyallah. Usaha dengan GIGIH pastikan BERJAYA.



ProjekCendawan.com Bersama "Wanita Besi" Usahawan Melayu Datuk Maznah Hamid pasti menjadi sumber inspirasi menjayakan bidang keusahawanan khususnya pertanian di Pameran Francais Malaysia 2008.



Antara 2 CEO, CEO Syarikat francais terkemuka 1901, Tengku Rozidar Tengku Zainal Abidin dan CEO Usahawan Tani Trading, Nor Azwin Mohd Khalit


Bersama "iron lady" Datuk Maznah Hamid di Pameran Francais Malaysia 2008


Bergambar potret Idola pemikir.. Tun Dr. Mahathir Mohamad

ProjekCendawan 0 Komen & pandangan

Bagi menyahut seruan agar rakyat berbudi pada tanah, Jaafar Md Amin, telah mengusahakan penanaman cendawan tiram bukan sahaja untuk kegunaan sendiri tetapi juga bagi tujuan komersil.

Jaafar yang mula berjinak dengan dunia pertanian sejak tamat sekolah menengahnya pada 1982, berkata penanaman cendawan tiram boleh diusahakan sendiri oleh sesiapa sahaja khususnya suri rumah.

"Hanya dengan modal tak sampai RM50, suri rumah boleh menanam sendiri cendawan di halaman rumah mereka. Mereka boleh meletakkan tabung (beg plastik yang diletakkan bahan membantu pembiakan cendawan) sebagai tanaman hiasan.

"Mereka juga boleh meletakkannya sebagai pokok hiasan yang digantung atau meletakkannya di atas para kecil dalam kawasan rumah. Ia tidak memerlukan kawasan yang luas. Tinggal di rumah flat pun boleh tanam cendawan ini," katanya ketika ditemui di tapak Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro-Pelancongan (MAHA) di Serdang dekat sini hari Khamis.

Jaafar berkata persekitaran yang redup dan tidak menerima sinaran matahari terik dapat membantu dalam proses pertumbuhan cendawan.

Katanya tanaman cendawan juga boleh dijadikan antara elemen bagi menghasilkan bahan makanan sekaligus menjimatkan perbelanjaan isi rumah.

Beliau berkata sebuah tabung plastik yang siap dengan medium pembiakan cendawan itu berharga hanya RM2, manakala harga benih cendawan pula berbeza mengikut jenis cendawan.

"Apa yang menarik untuk seseorang melibatkan diri dalam penanaman cendawan ialah anda tidak perlu menanam semula benih selepas menuainya. Setiap tabung yang sihat akan mengeluarkan hasil dalam masa dua minggu dan boleh mengeluarkan hasil untuk enam atau tujuh kali tuaian," kata Jaafar.

Menurut beliau antara medium yang digunakan untuk menjadi agen pembiakan cendawan ialah serbuk kayu getah, kapur tanaman dan dedak beras.

Jaafar yang mengusahakan penanaman cendawan secara komersil di Kampung Sebatu, Merlimau, Melaka, adalah antara peserta yang mengambil bahagian bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan Malaysia (FAMA) di pameran berkenaan.

ProjekCendawan 0 Komen & pandangan

PEPATAH yang berbunyi ‘seperti cendawan tumbuh selepas hujan’, seakan-akan menjelaskan apa yang berlaku pada masa ini iaitu ramai individu mengusahakan tanaman cendawan tiram kelabu selepas kerajaan khususnya Jabatan Pertanian berusaha mempromosi tanaman tersebut.
Senario tersebut didorong oleh faktor permintaan yang kian meningkat serta mempunyai potensi pasaran tempatan dan antarabangsa yang begitu memberangsangkan terhadap cendawan spesies berkenaan.
Justeru, semakin ramai individu tempatan bertekad untuk menceburi serta mengusahakan tanaman tersebut dengan tujuan mencari pendapatan tambahan serta keuntungan yang boleh dikatakan agak lumayan.
Melihat kepada fenomena tersebut, seorang pegawai kerajaan, Saleha Mohamed, 47, tidak ketinggalan dalam mengambil inisiatif untuk bergiat serta mengusahakan perusahaan tersebut.
Dia yang berasal dari Kelantan, menjelaskan bahawa penglibatannya dalam penanaman cendawan itu disebabkan minat berniaga dan juga keperluan untuk memenuhi permintaan pasaran.
Semuanya bermula apabila beliau mengambil keputusan untuk berkongsi perniagaan tersebut bersama-sama anak saudaranya, Norazila Mohd Yusof, 28 yang kini masih menuntut di Universiti Sains Malaysia (USM).
Berbekalkan semangat yang berkobar-kobar dan modal sebanyak RM20,000, dia bersama-sama Norliza telah memulakan pengusahaan tersebut sejak tiga bulan lalu.
‘‘Dengan modal sebanyak itu, kami mampu menyewa dua buah lot kosong rumah kedai, membeli peralatan serta menghasilkan cendawan dan kini setelah tiga bulan berlalu, cendawan tiram kelabu kami telah mengeluarkan hasil yang memuaskan,’’ katanya ketika ditemui di rumah kedai yang dijadikan gudang cendawannya di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor, baru-baru ini.
Menurutnya lagi, dua buah lot rumah kedai itu yang mempunyai keluasan 20 kaki x 80 kaki tiap satu mampu menempatkan sebanyak 20,000 beg yang ditempatkan di atas rak yang disusun rapi.
Menerusi syarikat Setia Gading Enterprise yang dikendalikannya, Saleha bersama-sama dua orang pekerjanya mampu menghasilkan 40 kilogram (kg) sehingga 50 kg cendawan setiap hari.
Jelasnya lagi, secara purata, hasil tersebut merupakan cendawan yang dihasilkan daripada 1,000 beg yang sudah sampai tempoh matang.
Dalam pada itu, Saleha turut menerangkan bagaimana proses tanaman cendawan tiram kelabu dilakukan.
Menurutnya, proses tanaman cendawan tiram kelabu, memerlukan penggunaan habuk kayu serta beberapa campuran lain termasuk kapur digunakan bagi dijadikan bahan asas.
Seterusnya , kesemua bahan itu perlu digaul dan dicampur dengan air sebelum dimasukkan ke dalam beg plastik khas.
‘‘Selepas itu, beg plastik tersebut akan disuntik dengan benih cendawan dan diperam selama dua bulan.
‘‘Dalam masa itu, beg plastik tersebut akan bertukar menjadi warna putih dari masa ke semasa dan itu bermakna akar cendawan tersebut sedang tumbuh dalam beg tersebut,’’ ujarnya.
Selepas tempoh dua bulan, tutup beg plastik tersebut akan dibuka dan kemudian benih yang asal itu akan dibuang tetapi beg tersebut ditutup kembali dalam tempoh 10 hari.
Tambahnya, selepas 10 hari benih tersebut dibersihkan, tutup beg tersebut akan ditanggalkan dan setiap beg akan mula mengeluarkan hasil selepas empat ke lima hari benihnya dibuang.
Hasil yang dihasilkan itu kemudiannya sudah boleh dipetik dan dibungkus untuk dipasarkan.
Buat masa ini, Saleha membekalkan cendawan-cendawannya kepada para peruncit dan pembekal cendawan kecil-kecilan di sekitar Rawang.
Selain itu, ditanya mengenai cabaran serta masalah yang dihadapi sepanjang mengusahakan penanaman cendawan itu, beliau menjelaskan bahawa cendawan tiram kelabu atau nama saintifiknya Pleurotus sajor-caju merupakan spesies yang sangat sensitif.
‘‘Bagi mendapatkan hasil yang baik, soal kebersihan perlu diutamakan. Ini kerana persekitaran yang kotor akan mempengaruhi udara, sekali gus akan mendatangkan penyakit kepada cendawan.
‘‘Bagaimanapun, penyakit ‘hijau’ merupakan masalah yang sering dihadapi oleh para pengusaha cendawan masa kini, selain serangan serangga seperti ulat dan lain-lain lagi,’’ katanya.
Tambah Saleha, bagi menangani perkara ini, persekitaran hendaklah dijaga dengan rapi. Semburan racun serangga perosak dilakukan dengan berhati-hati agar beg cendawan tidak terdedah kepada semburan ini.
Saleha turut mengakui bahawa risiko kerosakan cendawan juga agak tinggi. Antara 10 hingga 20 peratus beg cendawan akan mengalami kerosakan.
Pada masa yang sama, Saleha turut memberitahu bahawa benih yang baik juga menjadi salah satu faktor yang mampu mempengaruhi produktiviti.
Buat masa ini, bagi menampung keperluan mendapatkan bekalan benih cendawan yang baik dan bermutu tinggi, Saleha telah mengadakan perbincangan antar pengusaha tiram kelabu di selatan Thailand.
Menurutnya, beberapa orang pengusaha di negara itu sedang berusaha mendapatkan kelulusan pihak tertentu di negara ini untuk membawa masuk benih yang baik bagi diedarkan di negara ini.
Lebih menarik, benih yang digunakan di Thailand itu mampu menghasilkan cendawan hanya dalam tempoh 28 hari berbanding pada kebiasaannya, ia memerlukan sekurang-kurangnya dua bulan setengah bagi mendapatkan hasil.
Saleha berharap agar sesiapa yang berhasrat untuk mendapatkan cendawan miliknya atau memasarkannya agar menghubungi di talian 019-2199180 atau suaminya Safri Ali di talian 017-3953654 atau berkunjung ke lot kedainya di alamat G23, Jln Kasturi 1B, Bukit Sentosa.

ProjekCendawan 1 Komen & pandangan


Selain berkhasiat, cendawan tiram kelabu (Pleurotus sajor-caju) kini semakin popular untuk dijadikan sajian makanan di kalangan masyarakat tempatan.


JIKA dahulu tidak ramai yang menggemari cendawan kecuali mereka yang tinggal di pedalaman tetapi masakan cendawan kini semakin digemari dengan dihidangkan pelbagai jenis masakan.Bagaimanapun, selain daripada rasanya yang sedap, tidak ramai daripada kita yang benar-benar mengetahui khasiat daripada tumbuhan ini terutama dari segi perubatan.

Berdasarkan kajian oleh Institut Sains Biologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM), cendawan sememangnya mempunyai banyak khasiat dan nilai perubatan seperti:

Auricularia sp (Telinga kera /Jeli hitam)Membantu merawat gangguan kardiovaskular dengan

lmencairkan darah beku,

lmengawal atur tekanan darah,

lmerendahkan tahap kolesterol dan lipid,

lagen antioksida, melindungi DNA dan

lmembantu mengurangkan berat badan.

Schizophyllum commune (Cendawan kukur)lMengandungi Schizophyllan iaitu bahan dalam ubat antitumor dan kanser.

lMembantu meningkatkan sistem imuniti tubuh;

lanti-radangan,

lanti bakteria,

lanti parasit dan

lmelindungi hati.

Lentinus edodes (Shiitake) lMengandungi Lentinan iaitu bahan yang terdapat dalam ubat anti kanser. Ia juga digunakan sebagai terapi imuniti bagi kanser paru-paru, usus, serviks dan payu dara.

lDikatakan mampu membantu merencat pertumbuhan semula kanser.

lMembantu meningkatkan sistem imuniti tubuh dengan merangsang limfosit dan makrofaj agen melawan bakteria, virus, sel tumor dan toksin.

Flammulina velutipes (Jarum emas)lMerupakan agen toksik kepada sel tumor.

lMeningkatkan sistem imuniti tubuh serta menghalang jangkitan kulat dan virus.

lAgen anti radangan.

lAktiviti pelindung gen - menghalang kerosakan DNA.

Agarcius braslllensis (Cendawan butang)lMembantu merencatkan pertumbuhan tumor.

lMembantu mengawal atur tekanan darah.

lMembantu Merawat gastrik.

Ganoderma sp. (Ling zhi)lMembantu menghalang dan merawat kanser.

lMeningkatkan meningkatkan sistem imuniti dari segi;

lanti alahan,

lanti radangan,

lanti viral,

lanti bakteria dan

lanti oksida.

lMelegakan serta merawat paru-paru yang berpunca dari serangan lelah (asma) dan masalah pernafasan.

lMelindungi hati dengan meningkatkan proses detosifikasi.

Hericum erinaceum (Cendawan bunga kubis)lMembantu merangsang faktor pertumbuhan saraf serta berpotensi untuk membantu merawat penyakit saraf seperti dementia , trauma saraf akibat strok dan juga penyakit Alzheimer.

lMembantu menguatkan otot, gerakbalas motor dan fungsi kognitif.

lLektin - mampu membantu merencat pengumpulan darah merah.

lMembantu merawat ulser perut.

lMembantu meningkatkan sistem imuniti.

Pleurotus cystidiosus (abalone); Pleurotus flabellatus (tiram merah jambu); Pleurotus citrinopileatus (tiram kuning); Pleurotus florida (tiram putih) dan Pleurotus sajor-caju (tiram kelabu)lMengawal atur darah, anti thrombotik, merendahkan tekanan darah, mengurangkan kandungan glukosa dan lipid.

lMeningkatkan sistem imuniti bagi melawan jangkitan vierus dan bakteria.

lMenghalang pertumbuhan tumor.

lAgen anti oksida dan melindungi faktor genetik.