Malaysia Agriculture, Holticulture & Agrotourism (MAHA) kini telah bermula pada 11 Ogos sehingga 23 Ogos 2008 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia berhampiran di kawasan kompleks MARDI, Serdang. Saat ini yang dinanti-nantikan oleh penternak, petani dan para pengusaha hasil hiliran asas tani. Perasmian oleh YB Perdana Menteri pasti memeriahkan lagi dengan kehangatan sambutan produk-produk hasil tani yang pasti menguja sesiapa yang datang. Manakan tidaknya, kawasan tapak pameran yang luas pastikan membakar kalori anda!!! kalau tak percaya, kenalah datang ke MAHA 2008 ini. Kalau rasa malas nak bakar kalori, boleh lah naik trem yang dikenakan RM 1 sekali bayar. Kalau MAHA 2006, naik traktor. Kini semakin canggih selaras dengan kemajuan pertanian. Itulah simboliknya MAHA 2008 ini untuk mengindustrikan pertanian sebagai gedung makanan negara. Eh rasa seronok juga naik trem yang terbuka dengan angin sepoi-sepoi bahasa. Kalau tak naik rugi juga tau. Sempena cuti sekolah ni, marilah pakat-pakat bawa keluarga. Banyak informasi yang boleh dikongsikan di dalam ekspo MAHA 2008 ini.
Inilah tiket untuk naik trem
Saya juga berpeluang untuk melihat-lihat di tapak pameran MAHA bermula dengan pintu no 2 yang terletak berhampiran dengan tempat letak kereta yang bertar. Kalau MAHA 2006 yang lepas, para pengunjung akan melatakkan kereta di tempat letak kereta yang diratakan dengan batu-batu kerikil. Kini tempat letak kereta di kawasan MARDI kini telah bertar dan dikenakan tiket bayaran RM 5.00 sehari. Namun tiket bayaran untuk parking tidak kekal kerana ada pengunjung yang mengadu dan mengeluh kerana bayaran parking ini terlalu tinggi. Diatas aduan dan keluhan pengunjung setia MAHA, harga tiket diturunkan kepada RM 2.00. Alhamdulillah.. kurang sikitlah rasanya untuk membayar tempat letak parking kereta di MAHA 2008.
Banyaknya kereta. Ini baru slot parking dibawah. Belum lagi diatas bukit.
Berkunjung ke Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2008 yang diadakan di tapak kekalnya di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) bermula Selasa lalu sepatutnya menjanjikan kelainan dan keistimewaan tersendiri.
Di dalam perjalanan ke pintu masuk no 2. Gambar disebelah kanan, gerai-gerai buah-buahan. Banyaknya buah, harga pun murah.
Betapa tidak, kunjungan tersebut perlu disertai dengan harapan dan iltizam untuk ‘bertemu’ teknologi-teknologi baru dan terkini dalam sektor pertanian yang tidak mungkin anda temui apabila berkunjung ekspo atau karnival seumpamanya, di mana pun anda melawat.
Justeru MAHA yang diadakan dua kali setahun sejak penganjuran pertama pada 1999 bukanlah semata-mata untuk menjadikannya pesta makan buah-buahan, pesta makan kerepek atau karnival ternakan untuk meraikan kejayaan petani semata-mata.
Perlu diingat bahawa MAHA bertujuan supaya pengunjung dan rakyat Malaysia secara amnya diberi pemahaman mengenai hasrat kerajaan memberi suntikan baru mengenai bidang yang sebelum ini dianggap terpinggir atau hanya industri di belakang rumah.
Pameran kali ini dan beberapa acara sebelumnya sebenarnya satu peluang bagi mereka yang berminat dengan teknologi, mekanisasi dan automasi.
Teknologi akan selamanya membawa kelainan setiap MAHA diadakan dan pada kali ini antara yang wajar mendapat tumpuan ialah pertanian persis atau perladangan tepat, teknologi fertigasi, sistem pemantauan vesel (VMS), mesin-mesin seperti transplanter, varieti baru tanaman, teknologi pembiakbakaan haiwan dan pelbagai produk berasaskan bioteknologi termasuk kultur tisu.
Sebahagian besar kalangan kita terutama pengusaha pertanian mungkin sudah lama ‘berkenalan’ dengan teknologi-teknologi tersebut tetapi sebahagian besarnya mungkin agak asing dan pertama kali mendengarnya.
Mungkin agak keterlaluan jika mengatakan sebahagian besar rakyat Malaysia terutama yang ‘buta teknologi maklumat’ mengetahui teknologi bersepadu pengurusan ladang menggunakan sistem pertanian persis yang menggunakan teknologi maklumat. Sememangnya maklumat bidang pertanian kini boleh diakses menggunakan komputer seperti blog pertanian cendawan www.projekcendawan.com.
Selain itu, turut diperkenalkan ialah teknologi fertigasi iaitu penanaman sayur-sayuran khususnya jenis berbuah menggunakan baja dan pengairan serentak di bawah struktur pelindung hujan.
Mereka yang berminat dengan teknologi pembiakbakaan boleh menyaksikan sendiri bagaimana demonstrasi mengutip air mani kambing dilakukan.
Kambing jenis baka Jamnapari pun ada. Agak-agak kambing nih boleh cakap hindustan tak?
Contoh kandang kambing mini
Bagi yang berminat dengan penternakan kambing, mereka boleh menyaksikan beberapa baka yang popular khususnya Boer.Malah pengunjung boleh mendapatkan maklumat dan perkembangan semasa industri ternakan kambing selain khidmat nasihat daripada pengusaha dan pegawai yang terlibat secara langsung.Selain itu, teknologi penghasilan baka tanaman secara penggandaan seperti kultur tisu juga diketengahkan. Ramai daripada kita telah mengenali teknologi ini tetapi lebih ramai yang belum mengetahuinya. Alangkah baiknya ibubapa menggunakan peluang bercuti ke tempat seperti MAHA 2008 ini yang penuh dengan informasi ini.
Pemandangan bangunan dewan D yang menempatkan gerai-gerai hasil hiliran. Rugi tak datang!!
Pendek kata MAHA ialah platform yang menggabungkan segalanya dalam satu.Selain itu, turut diperkenalkan ialah pelabagi varieti tanaman berasaskan makanan seperti ubi keledek Vitato dan betik eksotika yang dihasilkan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).Varieti baru buahan-buahan seperti nangka dan manggis , serta jambu air dikenali sebagai Malay apple juga dipamerkan untuk tatapan dan dinikmati pengunjung.
Perlu diingat, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), menyediakan ribuan tan buah-buahan di Gerai Buah-buahan Segar (GBBS) pada kali ini termasuk durian, langsat, manggis, cempedak dan mangga. Puaslah makan buah-buahan. Saya pun tergoda dengan ribuan buah-buahan tempatan yang sememangnya menjadi pilihan rakyat Malaysia. Raja buah, durian juga ada dijual.
Booth Cendawan Goreng Segar oleh Cendawanmambau.Com. Memang sodap!!!
0 Komen & pandangan:
Catat Ulasan