Pages

PROMOSI NOTA CENDAWAN 2011

PERCUMA PANDANGAN @ KOMEN @ IKLAN DISINI

ProjekCendawan 0 Komen & pandangan

KERAJAAN menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya Malaysia sedang berpatah balik ke belakang apabila memberi penekanan semula terhadap bidang pertanian negara.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata usaha kerajaan memperhebatkan bidang pertanian negara tidak bererti negara sedang ke belakang, malah pertanian di negara ini semakin maju dengan menambah nilai hasil pertanian itu.

Muhyiddin berkata tujuan kerajaan memberi tumpuan kepada pertanian dan industri asas tani ialah bagi memastikan rakyat negara ini tidak mengalami masalah bekalan makanan.

“Banyak negara maju sekarang membangunkan semula pertanian di negara mereka untuk keselamatan makanan kerana jumlah penduduk semakin meningkat dan hasil tanaman tidak lagi mencukupi untuk menampung keperluan rakyat,” katanya ketika melancarkan program Bicara Tani peringkat kebangsaan di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Star, Kedah, semalam.



Muhyiddin berkata, setakat ini industri pertanian negara cuma mampu mengeluarkan 75 peratus makanan untuk rakyat dan Malaysia masih bergantung kepada makanan import.
Program yang bermula hari ini hingga Mac depan di 98 daerah seluruh negara itu dijangka mampu menarik minat masyarakat terhadap bidang pertanian yang mampu memberi pulangan lumayan.

Menurut Muhyiddin, program terbabit satu lagi usaha kementerian menjadikan sektor pertanian kepada sektor yang lebih moden serta menjadikan Malaysia sebagai pengeluar utama makanan di peringkat global.

Program berbentuk forum sehari itu bertujuan memberi maklumat terkini mengenai hala tuju, strategi, bantuan dan sokongan disediakan agensi berkaitan.

“Kita akan menempatkan pakar dalam bidang pertanian dan memberi peluang kepada orang ramai yang berminat dengan sektor pertanian berinteraksi dengan mereka.

“Mereka daripada kalangan petani pula boleh mengemukakan segala masalah dalam bidang berkenaan di samping meningkatkan pengetahuan dalam bidang pertanian,” katanya.

Orang ramai terutama petani ketika ditemui rata-rata menyifatkan peluang terbaik mereka menambah pengetahuan serta pendapatan dalam bidang pertanian yang diceburi.

Petani, Shamsuddin Ibrahim, 47, berkata usaha kerajaan mengadakan program berkenaan tepat.

Beliau yang mengusahakan projek ternakan ikan keli di Jitra, berkata ia memberi peluang kepadanya memperbesarkan kolam ternakan sedia ada.

“Ia memberi keyakinan kepada saya pertanian itu satu bentuk perniagaan yang boleh menyara hidup dan memberi pulangan menguntungkan,” katanya.

Menerusi program itu, kementerian berkenaan turut mensasarkan penyertaan lebih 24,500 peserta dalam industri pertanian di semua 98 daerah seluruh negara.

ProjekCendawan 3 Komen & pandangan

Pembiakan cendawan tiram kelabu secara komersial bukanlah satu proses yang sukar. Ia cuma memerlukan suhu yang lembap, tidak terdedah pada cahaya matahari dan kerja-kerja suntikan benih oleh pekerja mahir, organisma ini juga mempunyai pantang larang yang perlu dipatuhi.

Dengan kalori yang rendah, tinggi kandungan protein, chitin, zat besi, zink, fiber, vitamin dan mineral tiada siapa yang boleh menafikan kehebatan cendawan


SEJAK lima dekad lalu, organisma kecil seperti kulapuk cendawan, yis dan kulat memberi sumbangan yang besar dalam dunia perubatan.

Antibiotik pertama sendiri terdiri daripada ekstrak kulat. Ubat penicillin, tetracylene dan auremycin terhasil daripada kulapuk cendawan.

Organisma ini turut digunakan untuk mengkomersialkan produk seperti roti, bir, keju asid organik dan vitamin C.

Pil vitamin C yang anda ambil selama ini juga berasal daripada ekstrak sejenis kulapuk cendawan. Ini adalah antara khasiatnya oyang tidak diketahui ramai.

Cendawan hakikatnya adalah salah satu sumber makanan yang baik untuk kesihatan. Mengapa? Dengan kalori yang rendah, tinggi kandungan protein, chitin, zat besi, zink, fiber, vitamin dan mineral, tiada siapa yang boleh menafikan kehebatan cendawan.


CENDAWAN tiram kelabu boleh dipelbagaikan dalam hidangan.


Lantaran itu, tidak hairanlah cendawan yang popular dalam kuisin masyarakat Cina kini sudah menghiasi kulinari dunia. Di Malaysia populariti cendawan melonjak kerana permintaannya yang tinggi.

Hari ini terdapat pelbagai jenis cendawan di pasaran. Salah satu yang semakin popular ialah cendawan tiram kelabu.

Tetapi tahukah anda, cendawan tiram kelabu alah kepada bau-bauan dan asap seperti minyak wangi dan asap rokok kerana ia boleh menjejaskan pertumbuhannya?

Malah tanaman tersebut juga memerlukan kelembapan suhu sekitar 28 darjah Celsius pada waktu siang dan 25 hingga 26 darjah Celsius pada waktu malam.

Berbeza dengan tumbuhan lain yang memerlukan cahaya matahari yang banyak untuk melakukan proses fotosintesis, cendawan memerlukan 90 peratus kegelapan bilik dan berkeadaan tertutup untuk ia membiak dengan sihat.

Salah seorang pengusaha tanaman cendawan tiram kelabu di negeri Terengganu, Wan Hassan Wan Nawang, 48, memberitahu tanaman cendawan memerlukan kelembapan yang mencukupi untuk pertumbuhannya dan tidak memerlukan penjagaan yang sukar.

"Bagi memastikan tumbuhan itu mendapat kelembapan yang secukupnya saya telah membina rumah cendawan yang dikenali sebagai green house atau rumah hijau.

"Rumah hijau itu diperbuat daripada daun nipah yang dijadikan atap dan dinding yang berupaya memberi kelembapan secara semula jadi.

"Selain itu, pekerja-pekerja saya akan menyiram air ke atas lantai sebanyak dua kali sehari bagi melembapkan suhu di dalam rumah hijau itu pada waktu pagi dan tengah hari," katanya ketika ditemui di rumah cendawan miliknya yang terletak di Kampung Bukit Jong, Tepoh, Kuala Nerus, Kuala Terengganu.

Wan Hassan yang dibantu anak lelaki sulungnya, Wan Hafizi Wan Hassan, 24, mengusahakan projek tanaman tersebut sejak Oktober tahun lalu bersama 20 pekerja lain.


KERJA-KERJA memasukkan penutup dilakukan secara manual bagi memastikan silinder serbuk kayu mampat dan kemas.


Bekerja di rumah cendawan Wan Hassan, beliau mempunyai pantang larang tambahan yang mungkin kedengarannya agak pelik.

Jika di tempat kerja lain, memakai pewangi digalakkan semasa bertugas tetapi di rumah hijau cendawan Wan Hassan mengharamkan pekerja-pekerjanya daripada merokok dan memakai bau-bauan.

Peraturan itu penting bagi mengelakkan implikasi yang tidak diingini kepada tumbuhan itu kerana ia amat sensitif kepada unsur-unsur tersebut.

"Cendawan tidak boleh terdedah dengan asap atau bau-bauan yang terlalu kuat. Ini akan menjejaskan pertumbuhan dan kualitinya. Saya amat menitikberatkan mutu produk yang dihasilkan," katanya.

Wan Hassan sekarang memiliki tiga buah rumah cendawan seluas 20 x 80 kaki setiap satu. Ia berupaya memuatkan 30,000 bongkah kayu cendawan pada satu-satu masa.

Lelaki ini memulakan projek tanaman itu setelah mengikuti kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Pertanian Negeri Terengganu dan Jabatan Pertanian Muar, Johor yang banyak memberi bimbingan dan nasihat kepadanya tentang projek tanaman itu.

Sebelum cendawan mengeluarkan hasilnya, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah membuat bongkah yang merupakan tempat di mana tumbuhan itu akan dibiakkan.

Kerja-kerja membuat bongkah dilakukan oleh lapan orang pekerja Wan Hassan yang bermula daripada memasukkan habuk kayu getah atau dedak padi halus yang dicampurkan dengan kapur pertanian ke dalam mesin adunan khas sehingga sebati.


WAN HASSAN WAN NANG menunjukkan rumah cendawan yang menggunakan daun nipah untuk memastikan suhu dingin.


Wan Hassan berkata, adunan tersebut akan dimasukkan ke dalam bungkusan plastik yang disediakan dengan anggaran berat satu kilogram bagi setiap satu bungkus bongkah.

"Kemudian, bongkah-bongkah tersebut akan ditutup dengan penutup khas agar ia tidak dicemari bakteria-bakteria dari persekitaran luar.

"Bongkah-bongkah kayu tersebut perlu berada dalam keadaan sederhana lembap yang terdiri daripada campuran air bagi menggalakkan pertumbuhan cendawan," katanya.

Setiap hari sebanyak 1,000 unit bongkah dapat dihasilkan sebelum dimasukkan ke dalam mesin pengewap bagi menghapuskan bakteria yang terdapat pada bongkah-bongkah tersebut.

"Mesin pengewap itu mampu mensterilkan 1,000 unit bongkah kayu sehari untuk tempoh lapan jam sebelum ia dibiarkan selama 48 jam di luar.

"Selepas tamat tempoh tersebut, bongkah-bongkah kayu itu akan diberi suntikan benih dengan anggaran satu sudu besar benih cendawan kulat tiram kelabu melalui penutup khas yang akan dibuka seketika untuk tujuan itu," katanya.

Jelas beliau yang memperoleh benih cendawan dari Johor dan Selangor, kerja-kerja suntikan itu akan dilakukan oleh seorang pekerja mahir.

"Ini kerana kerja-kerja suntikan adalah tugasan yang paling penting dan perlu dijaga rapi kerana pada peringkat ini aspek kebersihan amat dititikberatkan dan kecuaiannya boleh menyebabkan penghasilan benih yang kurang baik.

"Oleh itu, pekerja tersebut perlu sentiasa berkeadaan bersih dan memakai uniform khas. Sekiranya dia keluar dari bilik suntikan itu, dia dikehendaki memakai pakaian lain. Bilik suntikan juga perlu bersih," katanya yang mengakui proses menjaga cendawan bagaikan menatang minyak yang penuh.

Kemudiannya, setelah selesai tugasan menyuntik itu, cendawan-cendawan itu akan dibawa masuk ke dalam rumah hijau dan diletakkan di atas rak-rak yang ditetapkan. Seorang pekerja akan mencatat rekod seperti tarikh masuk dan tempoh bila ia akan dibuka.

Cendawan kulat tiram kelabu akan mengeluarkan hasilnya yang pertama pada hari ke-50 dan ke-60 iaitu apabila penutupnya boleh dibuka dan hasilnya dapat dipungut.

Seterusnya, penutup tersebut akan ditutup semula dalam tempoh seminggu sebelum ia dibuka semula bagi mendapatkan hasil yang seterusnya.


Perspektif PeojekCendawan.Com: tahniah buat pengusaha cendawan di negeri terengganu , En Wan Hassan yang mengambil inisiatif awal bagi menanam cendawan di Terengganu. Kini cendawan mula mekar di seluruh Malaysia. :)

ProjekCendawan 0 Komen & pandangan


Untuk makluman, Pihak projekcendawan akan mengadakan kursus penanaman cendawan selepas tamat pilihanraya yang ke 12 ini. Insyallah pada bulan Mac 2008, kursus penanaman cendawan akan diadakan semula. Ini bagi memberi laluan kepada Pilihanraya yang ke 12 yang akan diadakan selepas pembubaran Parlimen 13 Feb 2008. Pihak ProjekCendawan.Com mengucapkan selamat mengundi kepada semua pelayar laman web kami. Pilihan ditangan anda.

p/s: Kami terus berkempen bagi menjayakan dan memartabatkan industri pertanian seiring dengan industri yang lain. Jom kita berkempen!!!

ProjekCendawan 0 Komen & pandangan

Kursus Asas Cendawan Tiram Kelabu ( Bulan February)
Tarikh : 16/17/02/08
Masa : 9.00 pagi - 6.00 petang
Tempat : Pusat Latihan Cendawan Nka Jaya
No Pb 58, Kampung Baru,
Permatang Badak, 25100 Kuantan, Pahang.
Keterangan: Kursus merangkumi teori dan praktikal selama 2 hari, peserta akan dibekalkan dengan nota, peralatan tanaman cendawan, kelas berhawa dingin. Subjek kursus merangkumi permulaan kos untuk memulakan perusahaan cendawan, bagaimana untuk memohon pinjaman dan sehingga aspek pemasaran dan senarai nama pembekal untuk membeli peralatan tanaman cendawan.
Tempat adalah terhad jika berminat sila sms atau tel segera bagi tujuan pendaftaran.Yuran kursus RM 250 dibayar sewaktu hari pendaftaran. Sila hubungi Khairul Azman b. Mohd- 016-9634259

ProjekCendawan 0 Komen & pandangan

KOTA BHARU 4 Feb. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menasihati golongan petani supaya mengelakkan sindrom ‘pisang goreng’ atau budaya ikut-ikutan dalam mengusahakan ladang dan tanaman mereka.

Ini kerana kata Perdana Menteri, tanpa pengetahuan tentang kaedah penanaman yang betul dan mengkaji tahap permintaan, mereka akan menghadapi pelbagai masalah ketika hendak memasarkan hasil pertanian sehingga berlaku lambakan yang menjejaskan harga di pasaran.

‘‘Jangan ikut sindrom ‘pisang goreng’ apabila lihat Makcik Bedah meniaga pisang goreng dapat untung dan ramai pelanggan, maka semua pakat bertenggek di tepi jalan untuk turut berniaga.

‘‘Akhirnya pisang goreng tu tak laku dan bagi orang baru yang nak mula niaga pun susah kerana nak lawan orang lain yang berniaga lama di situ dan dah ada nama (dikenali),’’ katanya.

Beliau berucap merasmikan Majlis Perletakan Batu Asas Projek Terminal Makanan Negara (Teman) di Tunjong di sini.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, rangkaian pemasaran produk pertanian dan industri asas tani sedia ada banyak mendedahkan kepada manipulasi itu.

Projek Teman yang dilancarkan oleh Perdana Menteri itu merupakan projek perintis di negara ini dalam menjadikan terminal makanan sebagai pemangkin kepada pembangunan sektor pertanian negara.

“Teman adalah cara terbaik untuk mengatasi masalah petani kerana ia akan menjamin pendapatan mereka pada tahap yang berpatutan yang boleh dijangkakan dari peringkat awal lagi,” katanya.


PERSEPEKTIF PROJEKCENDAWAN: Ada benar juga apa yang diungkapkan oleh Y.A.B Perdana Menteri mengenai budaya yang melanda oleh petani-petani khususnya orang Melayu sendiri. Sindrom ikutut-mengikut atau trend seperti sindrom "goreng pisang" amat ketara sekali didalam indutri pertanian di negara ini hinggakan menimbulkan masalah lambakan jualan yang tidak dapat dijual..

Apabila sesuatu pertanian yang berkaitan maju, mulalah ramai dikalangan pengusaha baru yang akan mengikut jejak langkah untuk menceburi di dalam bidang pertanian. Walaubagaimana pun, tanpa pengetahuan dan membuat kajian mengenai SWOT bagi kemampuan kita untuk menceburi di dalam bidang pertanian akan menyebabkan kegagalan. Kebanyakkan kita gagal untuk merancang dan melaksanakan apa yang dirancangkan. Ini akan membuat daya tahan keusahawanan bagi seseorang petani moden akan luntur disebabkan kegagalan kita sendiri untuk mengkaji pasaran di dalam sesuatu perniagaan yang berasaskan pertanian. Bagi saya, wujudnya ramai pengusaha atau petani disesuatu tempat, menggalakan persaingan yang SIHAT. Seperti penanaman cendawan, ramai yang melihat dari segi penanaman cendawan komersil. Kami juga melihat industri cendawan ini boleh diperkembangan pelbagai produk yang boleh dihasilkan. Bukan semata-mata yang mentah (raw material), bahkan boleh dijadikan sebagai produk hiliran. Tanpa perancangan yang mantap dan berstruktur, apa juga bidang yang diceburi akan lebur bah modal yang dilaburi akan mengalami kerugian total.

Ingat, Islam menggalakan perniagaan sebagai satu wacana mempertingkat ekonomi dan selangkah dari situ menjadi budaya usahawan dikalangan Bumiputera Melayu Islam dapat diperkembangkan. 500 tahun lepas, kita adalah bangsa yang membudayakan perniagaan hinggalah datangnya penjajah mengubah minda Bumiputera Melayu Islam untuk hidup selesa dengan konsep ala kadar sahaja dan Budaya Pecah & perintah memasuki mentaliti orang Melayu pada ketika itu. Sejarah ini tidak akan luput, wajarlah kita mengambil iktibar untuk memajukan ekonomi orang Melayu pada masa ini. ini kerana bidang pertanian adalah legasi yang perlu diwarisi dengan ilmu yang ampuh dan berteraskan teknologi terkini . Wassalam.


ProjekCendawan 3 Komen & pandangan





Pada 2 dan 3 Faeb 2008, pihak Projekcendawan.Com telah mengadakan Kursus Pembenihan Cendawan Tisu Kultur berkualiti tinggi khususnya bagi jenis tiram kelabu dan lingzhi. Kursus yang diadakan di dalam Makmal telah diberi penerangan dan pratikal oleh Professor Madya Dr. Mohd. Noor Abd. Wahab dari UPM yang telah berpengalaman di dalam didunia mikrologi khususnya tanaman cendawan sejak tahun 80-an lagi. Professor Madya Dr. Mohd. Noor Abd. Wahab juga adalah sifu kepada pengusaha-pengusaha yang berjaya di dalam dunia tanaman cendawan ini di Malaysia. Ramai yang telah berjaya hingga menjadikan tanaman cendawan seperti LingZhi terkenal di seluruh dunia yang sememangnya umum mengetahui ladang terbesar Lingzhi berada di Jitra, Kedah. Bahkan tanaman seperti cendawan tiram Kelabu juga telah dijadikan perusahaan yang besar-besaran di Muar, Johor. Begitulah ilmu mikrologi cendawan yang dijadikan sebuah perusahaan komersil oleh anak-anak murid Professor Madya Dr. Mohd. Noor Abd. Wahab , bahkan telah menjadi ahli perniagaan yang berjaya sejak 20 tahun lalu.


Mengenali tisu kultur yang rosak


Tisu kultur cendawan ini boleh digunakan di dalam membuat benih cendawan


Kaedah memerangkap spora aktif.

Pihak projekCendawan.Com dengan usahasama Malimas Health Centre Sdn Bhd, telah melihat ruang ini sebagi platform bioteknologi didalam industri benih cendawan perlu diambil perhatian , sejak akhir-akhir ini, trend meminati makanan cendawan telah merubah diet pemakanan rakyat Malaysia. Maka wujudlah ramai usahawan tani di dalam penanaman cendawan yang terlibat di dalam industri ini. Apabila ramai usahawan cendawan yang menceburi bidang industri cendawan ini, bekalan benih cendawan menjadi amat sukar diperolehi bahkan ada yang mengimport masuk benih dari negara Thailand. Walaubagaimanapun kualiti benih yang dibawa masuk menjadi persoalan kepada kami, adakah kualiti yang dibawa masuk itu benar produktif dan subur??? Persoalan ini selalu bermain difikiran setiap pengusaha khususnya pengusaha cendawan seperti kami ini.

Professor Madya Dr. Mohd. Noor Abd. Wahab menunjukan cara-cara membuat benih berkualiti

Proses mensterilkan di dalam autokalf pada tekanan suhu 121 celcius bagi mematikan mikro yang lain.

Diatas inisiatif ini, ProjekCendawan tetap menjalan kan kursus intensif pratikal pembenihan cendawan tisu kultur bersama dengan Professor Dr. bagi mendapatkan ilmu membuat benih cendawan bagi menampung permintaan bekalan benih. Kursus ini telah dihadiri oleh 5 orang peserta yang sememangnya telah mempunyai ladang dan berkapasiti pengeluaran 150Kg sehari. Walaupun yuran kursus ini RM 1200 bagi penyediaan bahan-bahan membuat tisu kultur, ia masih yang terendah berbandingkan kursus membuat benih adalah RM 15,000 yang ditawarkan oleh pesaing yang lain!!!


Salah seorang peserta yang sedang memindahkan tisu dari cendawan ke plet piring cepir yang mengandungi PDA

Diantaranya peserta itu adalah Saudara Nabil Sanusi, merupakan rakan usahawan tani cendawan yang berjaya yang juga rakan peserta kursus cendawan sebelum ini di Taman Pertanian Universiti, UPM sekitar tahun 2007. Beliau juga mengambil berat dengan soal bekalan benih ini, bahkan hasil penelitian beliau, perlu ada satu industri yang memainkan peranan membuat benih cendawan bagi menyokong bekalan benih sediada dan mengelakkan monopoli oleh sesuatu pihak.

Inilah hasilnya apabila membuat benih cendawan sulung.

Pihak ProjekCendawan.Com juga bersetuju dengan pandangan beliau. Diatas rasa semangat semangat keusahawanan bagi membantu pengusaha-pengusaha yang baru mendapatkan bekalan benih cendawan yang berkualiti. Insyallah pihak projekCendawan.Com sedang membina sebUah makmal yag lengkap bagi menampung bekalan benih yang berkualiti tinggi di kawasan zon utara. Perancangan ini akan dilaksanakan pada tahun 2009 ini. Insyallah. Kepada semua peserta yang hadir, diharpakn dapat mempergunakan ilmu yang ada untuk membuat benih cendawan sendiri. Ingat!! bersatu kita maju, bercerai kita roboh!! Kuatkan rangkaian perniagaan kita ini dengan niat yang ikhlas bagi memajukan anak bangsa dan agama. Insyallah. Wassalam

ProjekCendawan 0 Komen & pandangan

Kepada pengujung-pengunjung laman web ini, pihak rangkaian pengusaha cendawan juga ada menganjurkan kursus penanaman cendawan pada bulan febuari ini. Jangan melepaskan peluang ini.


Tidak lama lagi usahasama antara projekcendawan.Com akan menuju ke arah pengeluaran 2 Tan/ bulan bagi penanaman cendawan di negeri Kedah. Insyallah berita dan maklumat akan disalurkan ke dalam web ini. Projek usahasama ini akan melibatkan agensi-agensi yang berkaitan khususnya di dalam keusahawanan dan IKS berasaskan makan sejuk beku (frozen food).