Pages

PROMOSI NOTA CENDAWAN 2011

PERCUMA PANDANGAN @ KOMEN @ IKLAN DISINI

ProjekCendawan 0 Komen & pandangan

KOTA BHARU 4 Feb. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menasihati golongan petani supaya mengelakkan sindrom ‘pisang goreng’ atau budaya ikut-ikutan dalam mengusahakan ladang dan tanaman mereka.

Ini kerana kata Perdana Menteri, tanpa pengetahuan tentang kaedah penanaman yang betul dan mengkaji tahap permintaan, mereka akan menghadapi pelbagai masalah ketika hendak memasarkan hasil pertanian sehingga berlaku lambakan yang menjejaskan harga di pasaran.

‘‘Jangan ikut sindrom ‘pisang goreng’ apabila lihat Makcik Bedah meniaga pisang goreng dapat untung dan ramai pelanggan, maka semua pakat bertenggek di tepi jalan untuk turut berniaga.

‘‘Akhirnya pisang goreng tu tak laku dan bagi orang baru yang nak mula niaga pun susah kerana nak lawan orang lain yang berniaga lama di situ dan dah ada nama (dikenali),’’ katanya.

Beliau berucap merasmikan Majlis Perletakan Batu Asas Projek Terminal Makanan Negara (Teman) di Tunjong di sini.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, rangkaian pemasaran produk pertanian dan industri asas tani sedia ada banyak mendedahkan kepada manipulasi itu.

Projek Teman yang dilancarkan oleh Perdana Menteri itu merupakan projek perintis di negara ini dalam menjadikan terminal makanan sebagai pemangkin kepada pembangunan sektor pertanian negara.

“Teman adalah cara terbaik untuk mengatasi masalah petani kerana ia akan menjamin pendapatan mereka pada tahap yang berpatutan yang boleh dijangkakan dari peringkat awal lagi,” katanya.


PERSEPEKTIF PROJEKCENDAWAN: Ada benar juga apa yang diungkapkan oleh Y.A.B Perdana Menteri mengenai budaya yang melanda oleh petani-petani khususnya orang Melayu sendiri. Sindrom ikutut-mengikut atau trend seperti sindrom "goreng pisang" amat ketara sekali didalam indutri pertanian di negara ini hinggakan menimbulkan masalah lambakan jualan yang tidak dapat dijual..

Apabila sesuatu pertanian yang berkaitan maju, mulalah ramai dikalangan pengusaha baru yang akan mengikut jejak langkah untuk menceburi di dalam bidang pertanian. Walaubagaimana pun, tanpa pengetahuan dan membuat kajian mengenai SWOT bagi kemampuan kita untuk menceburi di dalam bidang pertanian akan menyebabkan kegagalan. Kebanyakkan kita gagal untuk merancang dan melaksanakan apa yang dirancangkan. Ini akan membuat daya tahan keusahawanan bagi seseorang petani moden akan luntur disebabkan kegagalan kita sendiri untuk mengkaji pasaran di dalam sesuatu perniagaan yang berasaskan pertanian. Bagi saya, wujudnya ramai pengusaha atau petani disesuatu tempat, menggalakan persaingan yang SIHAT. Seperti penanaman cendawan, ramai yang melihat dari segi penanaman cendawan komersil. Kami juga melihat industri cendawan ini boleh diperkembangan pelbagai produk yang boleh dihasilkan. Bukan semata-mata yang mentah (raw material), bahkan boleh dijadikan sebagai produk hiliran. Tanpa perancangan yang mantap dan berstruktur, apa juga bidang yang diceburi akan lebur bah modal yang dilaburi akan mengalami kerugian total.

Ingat, Islam menggalakan perniagaan sebagai satu wacana mempertingkat ekonomi dan selangkah dari situ menjadi budaya usahawan dikalangan Bumiputera Melayu Islam dapat diperkembangkan. 500 tahun lepas, kita adalah bangsa yang membudayakan perniagaan hinggalah datangnya penjajah mengubah minda Bumiputera Melayu Islam untuk hidup selesa dengan konsep ala kadar sahaja dan Budaya Pecah & perintah memasuki mentaliti orang Melayu pada ketika itu. Sejarah ini tidak akan luput, wajarlah kita mengambil iktibar untuk memajukan ekonomi orang Melayu pada masa ini. ini kerana bidang pertanian adalah legasi yang perlu diwarisi dengan ilmu yang ampuh dan berteraskan teknologi terkini . Wassalam.


0 Komen & pandangan: