Pages

PROMOSI NOTA CENDAWAN 2011

PERCUMA PANDANGAN @ KOMEN @ IKLAN DISINI

ProjekCendawan 2 Komen & pandangan





Pada 2 dan 3 Faeb 2008, pihak Projekcendawan.Com telah mengadakan Kursus Pembenihan Cendawan Tisu Kultur berkualiti tinggi khususnya bagi jenis tiram kelabu dan lingzhi. Kursus yang diadakan di dalam Makmal telah diberi penerangan dan pratikal oleh Professor Madya Dr. Mohd. Noor Abd. Wahab dari UPM yang telah berpengalaman di dalam didunia mikrologi khususnya tanaman cendawan sejak tahun 80-an lagi. Professor Madya Dr. Mohd. Noor Abd. Wahab juga adalah sifu kepada pengusaha-pengusaha yang berjaya di dalam dunia tanaman cendawan ini di Malaysia. Ramai yang telah berjaya hingga menjadikan tanaman cendawan seperti LingZhi terkenal di seluruh dunia yang sememangnya umum mengetahui ladang terbesar Lingzhi berada di Jitra, Kedah. Bahkan tanaman seperti cendawan tiram Kelabu juga telah dijadikan perusahaan yang besar-besaran di Muar, Johor. Begitulah ilmu mikrologi cendawan yang dijadikan sebuah perusahaan komersil oleh anak-anak murid Professor Madya Dr. Mohd. Noor Abd. Wahab , bahkan telah menjadi ahli perniagaan yang berjaya sejak 20 tahun lalu.


Mengenali tisu kultur yang rosak


Tisu kultur cendawan ini boleh digunakan di dalam membuat benih cendawan


Kaedah memerangkap spora aktif.

Pihak projekCendawan.Com dengan usahasama Malimas Health Centre Sdn Bhd, telah melihat ruang ini sebagi platform bioteknologi didalam industri benih cendawan perlu diambil perhatian , sejak akhir-akhir ini, trend meminati makanan cendawan telah merubah diet pemakanan rakyat Malaysia. Maka wujudlah ramai usahawan tani di dalam penanaman cendawan yang terlibat di dalam industri ini. Apabila ramai usahawan cendawan yang menceburi bidang industri cendawan ini, bekalan benih cendawan menjadi amat sukar diperolehi bahkan ada yang mengimport masuk benih dari negara Thailand. Walaubagaimanapun kualiti benih yang dibawa masuk menjadi persoalan kepada kami, adakah kualiti yang dibawa masuk itu benar produktif dan subur??? Persoalan ini selalu bermain difikiran setiap pengusaha khususnya pengusaha cendawan seperti kami ini.

Professor Madya Dr. Mohd. Noor Abd. Wahab menunjukan cara-cara membuat benih berkualiti

Proses mensterilkan di dalam autokalf pada tekanan suhu 121 celcius bagi mematikan mikro yang lain.

Diatas inisiatif ini, ProjekCendawan tetap menjalan kan kursus intensif pratikal pembenihan cendawan tisu kultur bersama dengan Professor Dr. bagi mendapatkan ilmu membuat benih cendawan bagi menampung permintaan bekalan benih. Kursus ini telah dihadiri oleh 5 orang peserta yang sememangnya telah mempunyai ladang dan berkapasiti pengeluaran 150Kg sehari. Walaupun yuran kursus ini RM 1200 bagi penyediaan bahan-bahan membuat tisu kultur, ia masih yang terendah berbandingkan kursus membuat benih adalah RM 15,000 yang ditawarkan oleh pesaing yang lain!!!


Salah seorang peserta yang sedang memindahkan tisu dari cendawan ke plet piring cepir yang mengandungi PDA

Diantaranya peserta itu adalah Saudara Nabil Sanusi, merupakan rakan usahawan tani cendawan yang berjaya yang juga rakan peserta kursus cendawan sebelum ini di Taman Pertanian Universiti, UPM sekitar tahun 2007. Beliau juga mengambil berat dengan soal bekalan benih ini, bahkan hasil penelitian beliau, perlu ada satu industri yang memainkan peranan membuat benih cendawan bagi menyokong bekalan benih sediada dan mengelakkan monopoli oleh sesuatu pihak.

Inilah hasilnya apabila membuat benih cendawan sulung.

Pihak ProjekCendawan.Com juga bersetuju dengan pandangan beliau. Diatas rasa semangat semangat keusahawanan bagi membantu pengusaha-pengusaha yang baru mendapatkan bekalan benih cendawan yang berkualiti. Insyallah pihak projekCendawan.Com sedang membina sebUah makmal yag lengkap bagi menampung bekalan benih yang berkualiti tinggi di kawasan zon utara. Perancangan ini akan dilaksanakan pada tahun 2009 ini. Insyallah. Kepada semua peserta yang hadir, diharpakn dapat mempergunakan ilmu yang ada untuk membuat benih cendawan sendiri. Ingat!! bersatu kita maju, bercerai kita roboh!! Kuatkan rangkaian perniagaan kita ini dengan niat yang ikhlas bagi memajukan anak bangsa dan agama. Insyallah. Wassalam

2 Komen & pandangan:

slily berkata...

Banyak Fakta yg menarik pasal cendawan di sini.. teruskan !!!

Teknik Fertigasi

Unknown berkata...

Terbaekkk.... baru nk cuba