Pages

PROMOSI NOTA CENDAWAN 2011

PERCUMA PANDANGAN @ KOMEN @ IKLAN DISINI

ProjekCendawan 0 Komen & pandangan

PENGURUSAN PENCEGAHAN BAGI KAWALAN MASALAH PENYAKIT DAN PEROSAK DI DALAM RUMAH CENDAWAN


Gambar sumbangan Fatisha Agro Farm : http://siswazah-tani.blogspot.com/

Pranota: Saya banyak menerima panggilan dan emel bertanya tentang penyakit-penyakit yang dihadapi semasa proses penanaman cendawan ini. Di dalam ini saya sertakan kaedah untuk menghindari dan mengurus serangan penyakit atau perosak di dalam penanaman cendawan ini. Di dalam penanaman cendawan, perkara yang perlu dititikberatkan ialah BERSIH dan SUCI. Sebagaimana anda sedia maklum, penanaman cendawan memerlukan persekitaran bersih dan amat sensitif kepada pencemaran.

Amalan Kebersihan Baik yang telah dianjurkan oleh Jabatan Pertanian, perlulah diambilkira selain dari keuntungan hasil yang kita perolehi. Sekiranya Amalan Kebersihan Baik ini tidak dilaksanakan, serangan-serangan penyakit dan perosak amat mudah berlaku. Melalui pendidikan dan amalan yang berterusan dapat mengurangkan serangan penyakit dan perosak di dalam penanaman cendawan. Ingat!! Rumah Cendawan anda adalah sumber rezeki anda. Selamat mengamalkan AMALAN KEBERSIHAN BAIK.

Kebersihan luaran bermula dari hati yang yang bersih. Salam mesra dari saya , Izwan Projekcendawan.


KENAPA DAN MENGAPA PENYAKIT DAN PEROSAK BERLAKU DI DALAM RUMAH CENDAWAN??

1. Persekitan rumah cendawan yang lembap yang sangat memudahkan pembiakan bakteria dan perosak untuk mendiami.

2. Sepertia sedia maklum, penanaman cendawan terhad di dalam penggunaan bahan kimia.

3. Ejen-ejen penyakit dan perosak sentiasa wujud samada di dalam rumah cendawan mahupun di luar tumah cendawan.

4. Rumah cendawan yang tidak kalis atau anti kemasukkan serangan penyakit dan perosak.

APAKAH AMALAN KEBERSIHAN BAIK DI DALAM PENGURUSAN CENDAWAN???


Gambarajah: Sumbangan Puan Noramah Ibrahim, Jabatan Pertanian, Putrajaya

1. Sentiasa melakukan amakan Kebebersihan Baik dari awal penyediaan cendawan hinggalah tuaian mengikut susun atur.

2. Mematuhi dan melaksanakan amalan kerja semasa. Kenalpasti kawasan tidak basmi kuman, sempadan basmi kuman dan kawasan basmi kuman.

3. Proses menyuntik benih, hendaklah dilakukan di dalam keadaan bersih dan telah melakukan prosedur kerja pembasmian kuman terliebih dahulu.

4.Pemasangan jaring dapat mengelakan perosak -perosak serangga memasukki rumah cendawan selain berfungsi sebagai mengalir laluan udara.

5. Membuat pemeriksaan rutin kepada beg-beg cendawan bagi mengesan beg-beg yang tercemar agar dilupuskan segera.

6. Lantai-lantai di dalam rumah cendawan hendaklah dibersihkan selepas tuaian.

7. Sebelum memasukkan beg media yang baru, proses kerja pembersihan menyeluruh hendaklah dilakukan menggunakan pembasmian kuman.

8. Peralatan kerja penanaman cendawan hendaklah SELALU DIBERSIHKAN dan DIBASMIKAN dengan anti kuman.

9. Pakaian semasa memasuki rumah cendawan hendaklah bersih. sekiranya anda memasuki rumah cendawan yang tercemar oleh penyakit, hendaklah anda menukar segera baju sebelum masuki rumah cendawan yang lain. Ini bertujuan mengelakkan jangkitan penyakit cendawan ke rumah cendawan yang lain.


APAKAH PENYAKIT YANG SELALU MENYERANG PENANAMAN CENDAWAN??

1. Kulat Jingga/Oren.

Gambar sumbangan Fatisha Agro Farm : http://siswazah-tani.blogspot.com/

* Kulat jenis ini memang amat cepat menyerang pada awal berlaku selepas menyuntik benih.
* Ia berlaku masa 4-5 hari selepas menyuntik benih berwarna putih, nipis seperti asap dan lebih cepat tumbuh dari miselia cendawan tiram kelabu.
* Lama kelamaan terbentuk tompokan berwarna krim dan tebal di dalam beg cendawan dan diikuti dengan spora berwarna jingga yang berbau tengik. Kulat jingga ini selalunya berada di rumah cendawan dan kadangkala telah berada di dalam habuk kayu dari kilang kayu.



BAGAIMANA HENDAK ATASI MASALAH PENYAKIT DAN PEROSAK???

Semestinya, anda hendaklah mengikuti langkah-langkah seperti yang berikut:

1. Pastikan media digaul rata supaya kandungan sekata.


Contoh Beg Media yang tidak cukup kukus Gambar sumbangaan http://mycendawan.blogspot.com/

2. Pastikan beg cendawan dikukus secukupnya:

Tong drum : 7-8 Jam pada suhu melebihi 95 darjah celcius
Kukusan Besar ( Steamer ) : 7 jam melebihi 70-80 Celcius / atau media sekurang-kurangnya mencapai 70-80 Celcius selama 2 jam berterusan.

3. Lupuskan beg-beg media yang tercemar dan dimasukkan ke dalam plastik serta ikatkan. Buangkan jauh dari Rumah Cendawan. Seeloknya anda buang terus ke tempat pemusnahan. Jangan dibakar.

4. Jika masih berlaku lagi serangan kulat jingga, tutup semua beg cendawan yang masih elok di dalam rumah cendawan. Lakukan proses kerja penyemburan pembasmian 70% alkohol atau klorin. Sembur dengan air bersih sebelum beg media dibuka semula untuk pengeluaran hasil yang seterusnya.

5. PENTING!!! Pastikan anda tidak memasuki rumah cendawan yang tidak tercemar, selepas proses menghapuskan media-media yang berpenyakit. sekiranya anda LUPA, serangan penyakit akan berlaku pada rumah cendawan lain pula.





SAMBUNGAN PENYAKIT YANG LAIN DAN KAWALAN PENYAKIT BAGI MENGATASI MASALAH INI AKAN SAYA SAMBUNG LAGI....

TUNGGU YA..

0 Komen & pandangan: