Pages

PROMOSI NOTA CENDAWAN 2011

PERCUMA PANDANGAN @ KOMEN @ IKLAN DISINI

ProjekCendawan 0 Komen & pandangan

Industri pertanian seumpama ini boleh berkembang memandangkan permintaan pasaran terhadap cendawan semakin meningkat.

SUSUNAN beg subsrat cendawan perlulah betul untuk memastikan tanaman dapat membesar dengan baik.


IA kini bukan hanya berperanan sebagai pengurai kepada unsur-unsur lain. Peranannya lebih daripada itu. Rata-rata masyarakat di negara ini menggemari masakan berasaskan cendawan seperti cendawan goreng, sup cendawan mahupun sebagai salah satu bahan utama dalam sajian sayur campur.

Ramai yang masih tidak mengetahui cendawan tiram kelabu atau nama saintifiknya Pleurotus soja caju bukan sahaja lazat dimakan malah mengandungi khasiat sembilan asid amino penting serta sumber protein tinggi, selain kaya dengan vitamin B1, B2, biotin, vitamin C dan garam mineral seperti kalium, fosforus, kalsium, natrium, magnesium serta kuprum.


MESIN untuk memproses bahan-bahan subsrat.


Bagi usahawan Melayu tempatan, Abd. Jalil Mohd Salleh, 40, tumbuhan kulat itu tidak hanya dijadikan sebagai makanan kegemaran keluarganya, malah ketaksuban kepada cendawan bertukar kepada sesuatu menguntungkan apabila beliau mengusahakannya sebagai tanaman komersial.

Dengan berpegang kepada kepercayaan bahawa sesiapa pun boleh berjaya jika ada kesungguhan, anak kelahiran Gelang Patah, Johor ini tidak teragak-agak mengambil keputusan menumpukan tanaman cendawannya sepenuh masa sejak tahun 2004. Kini, beliau memiliki sebanyak empat buah rumah cendawan.

Mempunyai kelulusan Diploma Kejuruteraan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Abd. Jalil pernah bekerja sebagai juruteknik di sebuah kilang di Johor Bahru selama 16 tahun sebelum tekad memulakan tanaman cendawan secara komersial sejak lebih empat tahun lalu.

Katanya, dia memulakan tanaman tersebut dengan hanya bermodalkan RM1,000 dan menggunakan rumahnya sebagai tempat semaian. Kini, Abd. Jalil mampu mengeluarkan cendawan sebanyak 25 hingga 30 kilogram sehari.


CENDAWAN yang telah dipetik dibersihkan sebelum dipaket.


"Ketika memulakannya, saya masih lagi bekerja sebagai juruteknik dan hanya melakukannya separuh masa. Lama kelamaan, saya melihat industri pertanian seumpama ini boleh berkembang memandangkan permintaan pasaran terhadap cendawan semakin meningkat," katanya.

Abd. Jalil memberitahu, setahun selepas penglibatannya secara kecil-kecilan dalam sektor penanaman cendawan, beliau kemudiannya berjaya mendapatkan bantuan dari Jabatan Pertanian dalam bentuk kewangan dan khidmat nasihat.

Mengulas proses penanaman cendawan, katanya, ia melibatkan enam proses bermula dengan penyediaan subsrat atau beg cendawan sehinggalah kepada proses terakhir iaitu penghapusan subsrat yang tidak terlalu rumit, namun perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh agar hasilnya memuaskan.

"Proses ini mengambil masa 60 hingga 70 hari untuk mendapatkan hasil sepenuhnya. Ia memerlukan penyediaan awal bahan-bahan seperti habuk kayu getah, habuk beras, kapur tohor, air perigi atau air hujan, beg plastik khas tahan panas dan gelang PVC dengan diameter tiga sentimeter, gelang getah dan surat khabar lama," jelasnya.

Selain habuk kayu getah, Abd. Jalil memberitahu bahan asas utama ini turut boleh digantikan dengan sisa kelapa sawit, jerami padi, hampas tebu atau sabut kelapa.

"Jenis bahan-bahan tersebut sesuai digunakan kerana bahan tersebut mengandungi selulosa dan berlignin yang dapat membantu pertumbuhan cendawan dengan baik," katanya lagi.


ABDUL JALIL


"Bagaimanapun, penggunaan air paip tidak digalakkan kerana ia mengandungi klorin manakala jenis beg plastik pula adalah poly plastic (PP) yang lut sinar. Jenis beg plastik ini lebih sesuai digunakan untuk menanam cendawan."

Bapa kepada tiga orang anak ini berkata, bahan-bahan untuk menghasilkan subsrat hendaklah digaul dengan nisbah habuk kayu 100 kilogram (kg); habuk beras (lapan hingga 10 kg); kapur tohor (dua hingga tiga kg); air (80 liter).

Kemudian katanya, subsrat itu dimasuk dan dimampatkan ke dalam beg plastik khas, diikat dengan gelang PVC dan mulut beg ditutup dengan surat khabar lama serta diikat dengan getah sebelum dikukus.

"Muncung plastik tersebut tidak perlu diikat terlalu ketat bagi memudahkan pengaliran udara ketika proses mengukus. Subsrat dikukus dengan menggunakan pengukus selama tiga jam pada suhu 100 darjah selsius.

"Selepas itu, subsrat perlu disejukkan selama 10 jam sebelum proses pengisian benih cendawan dapat dilakukan. Kerja-kerja pengisian benih perlu dilakukan di dalam bilik khas yang telah disteril supaya tiada spora-spora liar boleh merosakkan subsrat ini," tambahnya yang menjual cendawan pada harga RM1 sekilogram.




Langkah seterusnya setelah pengisian benih ialah beg subsrat perlu disusun secara menegak dan dieram selama 70 hari di rumah cendawan yang kawasannya redup dan sejuk. Persekitaran ini sesuai untuk pembiakan kulat tersebut.

"Suasana sejuk dan redup dapat menggalakkan pertumbuhan myselium dan hanya 10 peratus cahaya matahari diperlukan," katanya.

Dalam pada itu, tambahnya, sebuah subsrat boleh menghasilkan sebanyak empat hingga lima kali pengeluaran cendawan dan hasil tersebut dipasarkan kepada pembeli sekitar Gelang Patah dan Johor Bahru.

Abd. Jalil mengalu-alukan mereka yang berminat untuk mempelajari lebih lanjut mengenai proses tanaman cendawan atau membuat sebarang tempahan dengan menghubunginya di talian 07-5071 605 atau 013-740 3049.



ProjekCendawan 0 Komen & pandangan



Pada 2-9 Jun 2008, pihak projekcendawan.com berkesempatan untuk ke negeri Sabah diatas urusan projek baru dibawah Usahawan Tani Trading untuk melabur bentuk perniagaan berasaskan pertanian dan hasil tani. Semasa berada di Sabah, saya juga sempat untuk melihat Muzium LingZhi yang terletak di Kg kepayan, berhampiran dengan lapangan terbang Kota Kinabalu. Sabah. Saya pun tidak mengetahui bahawa terdapat muzium Lingzhi yang terdapat di negara ini yang berasaskan cendawan lingzhi liar.

Saya amat tertarik dengan maklumat dan produk hasil tani dari hutan Borneo khususnya Cendawan Lingzhi liar. Besar-besar belaka. Lagi besar dari cendawan Lingzhi yang ditanam di ladang. Lingzhi sudah digunakan sebagai ubat herba sejak beberapa ribu tahun dahulu. Keberkesanannya telah diiktiraf sejak berzaman. Ia amat berharga sekali dan merupakan tumbuhan yang jarang. Herba ini amat bagus untuk menguatkan daya ketahanan badan. Ia berlainan dari lain-lain ubat herba dan pemakanan di mana hanya bermanfaat untuk penyakit tertentu dan mengkhasiatkan badan semata-mata. Pada hakikatnya, lingzhi dapat mengaktifkan organ, menggiatkan metabolisme dan menguatkan daya ketahanan badan. Jom tengok antara gambar yang sempat saya tangkap untuk semua peminat cendawan.


JENIS-JENIS LINGZHI LIAR DI HUTAN SABAH.



Lingzhi Merah
Juga dikenali sebagai Danzhi. Pahit, sederhana sifat, tidak bertoksik, dapat memulihkan tenaga dan mententeramkan jiwa.


Lingzhi Ungu
Juga dikenali sebagai lingzhi kayu. Sederhana sifat, tidak bertoksik, dapat menguatkan tulang, mengelakkan artritis dan menghindarkan keletihan.


Lingzhi Kuning
Juga dikenali sebagai lingzhi emas. Pahit manis, sederhana sifat dan tidak toksik, baik untuk perut dan mententeramkan jiwa.


Lingzhi Putih
Juga dikenali sebagai lingzhi jed. Sederhana sifat dan tidak toksik. Baik untuk mengelakkan batuk, menguatkan paru-paru, mententeramkan jiwa dan memperbaiki kekuatan badan.


Lingzhi Hitam
Juga dikenali sebagai Hsuanzhi. Sederhana sifat, memudahkan kencing dan memperbaiki fungsi buah pinggang.


Lingzhi Hijau
Juga dikenali sebagai lingzhi naga. Masam, sederhana sifat, tidak toksik. Dapat membenderangkan mata dan mententeramkan jiwa.


Antara Produk keluaran
LKH Natural Lingzhi di
Sabah.




Bahan-Bahan Aktif LKH Wild Lingzhi:

Polisakarida:

Menguatkan sistem imun, anti-kanser, pancaran radiasi, menggiatkan sintesis asid nukleik dan protein.

Germanium::

Lingzhi mengandungi 5 kali ganda lebih banyak germanium dari ginseng. Germanium dapat menggiatkan peredaran darah dan melembutkan kulit.

Asid Ganoderik:

Menyeliakawal tekanan darah, memeras sel-sel kanser, mengelakkan alergi, menguatkan fungsi hati dan mengurangkan paras lemak darah.

Serat lingzhi:

Mengurangkan paras kolesterol, mengelakkan kekerasan arteri, sembelit, kencing manis, tekanan darah tinggi, thrombus dll.

Bio-Alkali:

Mengurangkan gangguan koronari dan penghausan oksigen di dalam miokardial.

Asid Amino,Vitamin & Mineral:

Mengaktifkan sel, untuk awet muda, melancarkan saluran darah, memperbaiki kulit dan menggiatkan metabolisme.

Protein Mikro:

Memperbaiki daya ketahanan, anti-alergi, menguatkan hati dan mengelakkan kencing manis.



Antara cendawan Lingzhi liar yang dikutip dari hutan Sabah.


Sekali tengok macam batang kayu balak sahaja :)


Masih tidak percaya lagi ?? Mari kita ukur. Lihatlah lebarnya.


Cendawan Lingzhi yang dipaparkan di outlet LKH Natural Lingzhi. Jadi sesiapa yang melalui di dalam lapangan terbang pasti akan terlihat koleksi cendawan Lingzhi liar ini.


Besarnya...

Antara yang terkumpul... Di dalam hutan lagi banyak!!





Jadi kepada yang ingin melawat Muzium Lingzhi,
boleh berhubung maklumat yang diberi di bawah.
Isnin - Ahad: 9.30pagi - 6.00 petang
Off Jalan Lintas,
Jalan Kg. Kepayan,
Lorong Kepayan 2,
88200 Kota Kinabalu
Tel: 088-725555
( De Choice Sdn. Bhd. )016-8399367 ( Johnny Voon )


ProjekCendawan 0 Komen & pandangan

Projek cendawan perlukan persekitaran bersih


RAK yang dipenuhi beg cendawan mengandungi benih untuk proses pemeraman di Rumah Cendawan, UPM.

MINGGU ini, ruangan Bengkel Usahawan Cendawan Mega-Utusan bersama UPM-AgroBank memaparkan sebahagian lagi kaedah yang perlu diketahui sebelum melaksanakan projek tanaman cendawan. Ia terbahagi kepada:Memilih benihlBenih (spawn) yang baik akan meliputi bahan pemegangnya seperti gandum, sekoi, barli dan lain-lain.

lWarna putih akan memenuhi bahan pemegangnya tanpa dicemari warna lain.

lBenih induk disuntik kepada substrat lain dan diperam menjadi generasi ketiga dipanggil benih cendawan.

lDengan mengulangi suntikan dan pemeraman, lebih banyak benih dapat dihasilkan dari kultur induk tetapi makin lama akan merendahkan vitaliti benih.

Penyimpanan kultur induk dan subkultur penting contohnya dalam nitrogen cecair atau dengan parafin.

Benih yang baik akan menghasilkan badan buah yang baik, tebal dan gebu dan tidak berkerinting, tidak berwarna lain dan tidak mengeluarkan bau busuk atau hanyir.

Memilih dan menyediakan media atau substratSumber pemakanan utama bagi cendawan tiram kelabu ialah selulosa, hemiselulosa dan lignin.

Habuk kayu, kapas, hampas tebu, tongkol jagung dan perlukan bahan tambahan seperti dedak padi atau gandum untuk dijadikan substrat.

Pelbagai bahan sisa pertanian sesuai dijadikan bahan media bagi cendawan tiram iaitu kulat putih reput yang menggunakan lignin dan selulos bersama sebagai sumber karbon dan akan memutihkan hosnya.

Rumah cendawanRuang yang bersih diperlukan bagi pertumbuhan cendawan di samping persekitaran yang sesuai daripada segi suhu, pengudaraan, cahaya redup dan kemudahan sumber air. Pemilihan lokasi rumah penting daripada segi pemasaran.

Tidak perlu membuat struktur yang mahal dan canggih sebaliknya memadai dengan menutup keliling struktur dengan jaring plastik hitam supaya redup dan mendapat pengudaraan mencukupi.

lRak kayu diperlukan bagi menyusun beg cendawan yang hendak diperam hingga sampai ke peringkat penghasilan.

lHarga rak kayu berukuran 5 kaki x 6 kaki x 1.2 kaki biasanya (RM400).

lDua setengah rak boleh memuatkan 1,050 beg cendawan.

lSaiz rumah- 20 kaki x 15 kaki dengan rumah menyimpan media - 5 kaki x 10 kaki.

lPenyediaan beg dan kukus beg- 10 kaki x 15 kak.i

lBilik suntik- 7 kaki x 10 kaki.

lBangunan lain yang diperlukan untuk penyimpanan beg cendawan di atas rak.

PersekitaranlIni termasuk suhu, kelembapan bandingan, cahaya, karbon dioksida, dan keasidan substrat.

lBila suhu tinggi kelembapan bandingan.

lSuhu tinggi menggalakkan metabolisme badan buah yang meningkatkan kadar pernafasan dan karbon dioksida tinggi.

Cendawan tiram perlukan berbeza dalam setiap peringkat.

Dalam pemeraman, kelembapan sesuai ialah antara 65 dan 70 peratus tetapi semasa pembentukan badan buah ia memerlukan antara 80 dan 90 peratus dan bersuhu rendah.

PemasaranlSangat mustahak memandangkan hasil yang dikeluarkan perlu segera dipasarkan.

lOleh itu, kajian pasaran perlu dilakukan terlebih dahulu.

lPengurusan dan Penyelenggaraan

lKebersihan adalah penting dan setiap kali memetik hasil, segala sampah sarap perlu dibersihkan segera bagi mengelakkan masalah serangga dan perosak.

Bahan kimia tidak dibenarkan sama sekali digunakan di dalam rumah cendawan bagi mengelak keracunan terhadap cendawan.

ProjekCendawan 0 Komen & pandangan


Meskipun bergelar tauke, Nabil Sanusi dan isterinya, Surina Saad tetap turun membantu memetik cendawan untuk dipasarkan.

"Bukan senang hendak tanam cendawan,'' demikian kata-kata yang terpacul dari mulut Nabil Sanusi, sebaik ditanya apakah beliau seronok dan tidak menyesal menceburi industri penanaman cendawan yang kini semakin popular itu.Kata-kata tersebut seakan satu 'pukulan balas' kepada mereka yang beria-ia ingin menceburi pertanian khususnya tanaman cendawan kerana membayangkan setiap helaian daun tanaman tersebut sebagai wang ringgit.

Kepada Nabil, membayangkan sesuatu yang menguntungkan boleh menjadi pendorong dalam setiap perkara yang diusahakan tetapi dengan syarat, perlu mengusai ilmu yang berkaitan untuk menjamin kejayaan.

Nabil, 37, yang kini terlibat dalam industri automotif pada mulanya hanya ingin mempelbagaikan sumber ekonominya dan memilih cendawan tiram kelabu untuk diusahakan.

Pada 2005, beliau ditawarkan mengusahakan tanaman orkid di Johor oleh Persatuan Penanam Orkid tetapi atas faktor tertentu dan lokasi yang agak jauh, Nabil menolak tawaran tersebut.

Namun tekadnya untuk mengusahakan sesuatu yang menguntungkan tidak pernah padam malah, sering terfikir melakukan sesuatu yang terbaik untuk masa depan.

Takdir telah menentukan beliau menceburi perusahaan tanaman cendawan apabila dipertemukan dengan seorang rakan di Nilai, Negeri Sembilan yang telah mengusahakan tanaman tersebut terlebih dahulu.

Beliau yang disarankan untuk mencuba bidang tersebut tidak menunggu lama, dan dengan sokongan keluarganya, Nabil mengambil keputusan untuk terlibat secara serius.

Nabil tidak perlu menunggu lama, sama ada kerana terpaksa menubuhkan syarikat atau membuat pinjaman terlebih dahulu, tetapi seperti kebanyakan usahawan pertanian masa kini, dia terus sahaja memulakan usaha di atas sekeping tanah seluas kira-kira 0.4 hektar (satu ekar) milik keluarganya di Jalan Ahmad Khushasi, Jenderam Hulu, Sepang, Selangor.

PelaburanBerbekalkan wang simpanan, Nabil membuat pelaburan awal sebanyak RM200,000 untuk membina tiga rumah cendawan bersaiz 70 kaki x 30 kaki pada awal tahun lalu dan menambah empat rumah lagi secara berperingkat-peringkat.

Beliau juga mengambil keputusan untuk menubuhkan syarikat khas, NAS Agro Farm pada Oktober tahun lalu untuk menjalankan operasi di kawasan tanah tersebut yang pada asalnya dusun buah-buahan.

Tanpa meninggalkan kerjayanya sebelum ini, beliau menambah pelbagai kemudahan dan kelengkapan sebagai bukti kesungguhannya untuk terbabit secara serius.

Nabil yang turut dibantu isterinya, Surina Saad, juga terpaksa menggaji tujuh pekerja termasuk seorang penyelia memandangkan tanaman cendawan memerlukan tumpuan dan kerja yang banyak.

Ketika ini, dengan pelaburan keseluruhan kira-kira RM400,000, kompleks tanaman cendawan tersebut telah dikembangkan operasinya dengan tujuh rumah cendawan yang memuatkan kira-kira 200,000 polibeg. Rumah itu dilengkapi sebuah bilik suntikan benih, rumah menyediakan polibeg dan alat pengukusan dan alat mencampur adunan substrat (media).

"Saya juga sedang menyiapkan sebuah makmal menghasilkan benih cendawan menggunakan teknik kultur tisu bagi mengatasi masalah pengusaha untuk mendapatkan benih yang baik,'' ujarnya.

Kelengkapan tersebut, kata beliau, dapat disediakan dengan bantuan peruntukan Jabatan Pertanian sebanyak RM10,000.

Nabil menjelaskan, beliau akan memberi tumpuan kepada pengeluaran benih, sebagai satu cabang perniagaan baru dalam industri tanaman cendawan supaya pengusaha sedia ada mudah mendapatkan bekalan.

Bagaimanapun katanya, pengeluaran benih yang boleh dilaksanakan dalam tempoh terdekat hanya akan dikomersialkan seawal-awalnya enam bulan daripada sekarang.

Ini kerana, beliau perlu terlebih dahulu memastikan benih yang dihasilkan bermutu tinggi sebelum dipasarkan kepada pengusaha lain.

Mengenai kemungkinan beliau akan menambah kemudahan sedia ada untuk meningkatkan pengeluaran, Nabil berkata, meskipun permintaan terhadap cendawan amat tinggi, tumpuan perlu diberikan kepada tanaman sedia ada.

"Saya hanya mampu mengeluarkan 50 kilogram (kg) cendawan sehari sedangkan permintaan yang diterima sekurang-kurangnya 150 kg sehari dan kadangkala mencecah 200 kg,'' ujarnya.

Tambahnya, cendawan merupakan tanaman yang sensitif dan memerlukan kawasan bersih sepanjang masa.

Penggunaan bahan kimia perlu dielakkan sama sekali tetapi pada masa yang sama kawalan penyakit perlu beri keutamaan.

Katanya, penyakit utama cendawan ialah kulat hijau dan oren dan ia boleh dikesan dengan memerhatikan sebarang perubahan warna pada polibeg yang telah disuntik dengan benih.

Cendawan katanya, boleh mengeluarkan hasil selepas dua bulan disuntik dan kemudiannya dieramkan.

Sepanjang tempoh dua bulan setengah berikutnya, kutipan hasil boleh dilakukan enam atau tujuh kali.

Setiap cendawan yang dipetik pula dianggarkan mempunyai berat antara 80 dan 100 gram.

Pada masa ini, beliau memasarkan cendawan harga RM7 sekilogram dengan pembeli datang sendiri ke ladangnya untuk mendapatkan bekalan.

Beliau juga akan cuba mengusahakan tanaman cendawan spesies abalone dan telinga kera yang merupakan cendawan yang sedap dan kenyal.

Syarikat Nabil juga akan menawarkan kursus kepada mereka yang berminat mendapatkan pengetahuan mengenai aspek penanaman cendawan dan sebuah bangunan khas untuk tujuan itu sedang dibina.

Dalam pada itu, beliau juga memulakan usaha awal menternak cacing untuk menghasilkan baja kompos dengan memanfaatkan semula bahan substrat yang telah digunakan.

Sebuah bangunan khas disediakan untuk tujuan itu.

Selepas lebih setahun beroperasi, usaha Nabil semakin menampakkan sinar yang diharapkan.

Tetapi bagi mereka yang berminat, dia sekali berpesan, supaya bertahan kerana cendawan bukan satu tanaman yang mudah diusahakan.

"Saya sendiri pernah dilanda pelbagai masalah terutama serangan penyakit yang memaksa polibeg yang mengandungi benih dimusnahkan selain serangan makhluk perosak,'' ujarnya.

Fakta cendawanlTidak mempunyai klorofil.

lMembiak melalui spora yang bercambah menjadi hyphae (mycelia apabila jumlahnya banyak) yang tidak nampak dengan mata kasar.

lHypahe yang bercambah membentuk primary mycelia dan kemudiannya secondary mycelia.

lMengumpul nutrien daripada substrat.

lBenih cendawan peringkat mycelia tumbuh atas substratnya sendiri seperti sekoi, barli gandum dan habuk kayu.

lCendawan yang popular ditanam ialah tiram kelabu (Pleurotus sajor-caju).