Pages

PROMOSI NOTA CENDAWAN 2011

PERCUMA PANDANGAN @ KOMEN @ IKLAN DISINI

ProjekCendawan 0 Komen & pandangan

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- TLT Dynamic Sdn Bhd, pengeluar cendawan terkemuka di Terengganu, akan menambah pengeluaran cendawannya kepada 300 kilogram sehari sebaik sahaja tiga lagi ladangnya siap.

Pada masa ini, syarikat itu mengeluarkan hampir 100 kilogram cendawan tiram setiap hari.

Pengerusi eksekutifnya, Sufian Mohd, berkata syarikat itu memulakan pengeluaran komersial cendawan tiram kelabu Oktober lepas dengan mengeluarkan 50 kilogram cendawan sebagai permulaan.

"Syarikat ini membelanjakan kira-kira RM500,000 untuk membina lima ladang, setiap satu dengan keupayaan menampung 30,000 kampit benih cendawan yang boleh dituai selepas lima bulan," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Terengganu hari Isnin.

Cendawan tiram dianggap sebagai kesukaan penggemar makanan yang tinggi cita rasanya di seluruh dunia.

Bahan makanan yang terkenal kerana khasiat pemakanannya ini termasuk sebagai antioksiden, merupakan alternatif yang baik bagi protein haiwan dan dipercayai boleh mencegah barah.

Tahun lepas TLT menandatangani janji niaga dengan GCH Retail (M) Sdn Bhd untuk menjual cendawannya di 87 cawangan rantaian gedung Giant dan 16 kedai Cold Storage di seluruh negara.

Sufian berkata TLT juga memasarkan cendawannya ke pasar-pasar raya lain di Terengganu.

Terengganu semakin berkembang sebagai pengeluar cendawan yang besar bagi mengurangkan pergantungannya kepada Thailand.

Kerajaan negeri memberikan bantuan kewangan berjumlah RM110,000 kepada penanam cendawan tahun lepas bagi merangsang industri ini dan mewujudkan usahawan ladang.

Menurut Jabatan Pertanian dan Jabatan Perangkaan, lebih 2.6 juta tan metrik cendawan bernilai kira-kira RM27.74 juta diimport pada 2004.

China, Kanada dan India adalah tiga pengeluar cendawan segar dan diproses terkemuka di dunia.

Pengeluaran cendawan dunia terdiri daripada 31 peratus cendawan butang, 24 peratus cendawan shiitake , 14 peratus cendawan tiram, sembilan peratus telinga kera dan lapan peratus cendawan jerami padi.

0 Komen & pandangan: