Baru-baru ini ProjekCendawan.Com telah dijemput untuk menjalinkan kerjsama dengan Biro Ekonomi UMNO Bahagian Pekan dan Pekan Cendawan oleh Saudara Zainuzzi Hassan. Ramai Peserta seminar yang datang dari sekitar negeri Pahang hadir di dalam seminar tanaman cendawan ini. Biro Ekonomi UMNO Bahagian Pekan dan Pekan Cendawan dengan inisiatif mewujudkan Pusat Kecemerlangan Teknokrat Parlimen Pekan (Technopreneur Acceleration Centre) atau singkatannya T.A.C. yang terletak di Kg. Mengkasar berhampiran dengan Murtabak Mengkasar. Matlamat penubuhan T.A.C ini adalah sebagai ‘Pusat Inkubator’ untuk melahirkan bakal usahawan yang berjaya dari peringkat akar umbi untuk merealisasikan Projek Pembangunan K-Ekonomi Parlimen Pekan yang dinaungi oleh YAB. Datuk Seri Haji Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Ahli Parlimen Pekan.
sentiasa memikirkan dan mencari inisiatif dalam meningkatkan taraf ekonomi penduduk di Parlimen Pekan khususnya. Golongan yang diberikan fokus utama oleh pihak biro ialah,
Golongan miskin, Suri rumah, Golongan Ibu Tunggal,Golongan Belia Kampung & Para Siswazah yang menganggur,di mana golongan yang disebutkan di atas, tidak mempunyai pendapatan yang konsisten dan ada di antara golongan tersebut berada di bawah paras kemiskinan.
Melalui kerjasama ProjekCendawan.Com dan Biro Ekonomi Bahagian UMNO Pekan serta Pekan Cendawan dapat membantu memberikan apa jua peluang perniagaan yang berpotensi dalam meningkatkan taraf ekonomi golongan tersebut dan berusaha dalam mengurangkan tahap Kemiskinan Tegar di Parlimen Pekan.
Sebagai permulaan projek di T.A.C, pihak biro menfokuskan projek dalam sektor pertanian demi menyahut seruan kerajaan di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani dan YAB. Perdana Menteri khususnya untuk menjadikan ‘PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN’. Sehubungan dengan itu, pihak Biro Ekonomi UMNO Bahagian Pekan telah memilih Projek Industri Cendawan Tiram Kelabu sebagai projek perintis ke arah Pembanguan K-Ekonomi Parlimen Pekan. ProjekCendawan.Com berharap dan berhasrat menjadikan Parlimen Pekan sebagai Pengeluar Utama Cendawan Tiram Kelabu di Malaysia amnya dan di Negeri Pahang khasnya. Diharapkan kerjasama yang erat daripada pihak YH. Dato’ Haji Safie Baharom, Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Pahang untuk membantu pihak UMNO Bahagian Pekan merealisasikan hasrat ini.
Bagi melancarkan perjalanan operasi projek ini, pihak Biro Ekonomi UMNO Bahagian Pekan telah menjalinkan usahasama dengan Pekan Cendawan. Pekan Cendawan akan bertindak sebagai Pengurus Projek bagi memantau perjalanan projek dalam menjayakan projek perintis ini. Pekan Cendawan akan bertanggungjawab dalam pengurusan operasi T.A.C, khidmat perundingan perniagaan kepada usahawan, pengurusan operasi dan akaun syarikat usahawan, perunding dengan agensi kerajaan dan pihak institusi kewangan untuk mendapatkan dana kewangan dalam membiayai kewangan projek usahawan. Diharapkan dengan wujudnya Pusat Kecemerlangan Teknokrat Parlimen Pekan ini akan dapat melahirkan usahawan yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. ProjekCendawan.com melalui Pekan Cendawan akan membantu dari segi konsultansi bagi merealisasikan projek tanaman cendawan ini di daerah Pekan.
Taklimat ringkas oleh Projekcendawan.Com dan Gambar peserta yang menghadiri seminar tanaman cendawan di Bangunan UMNO Bahagian Pekan, Pahang
Seminar pada hari Sabtu yang lepas disasarkan kepada golongan miskin, ibu tunggal, suri rumah, belia kampung dan siswazah yang menganggur dan pesara kerajaan dalam memberi peluang pendapatan yang konsisten bagi meningkatkan taraf ekonomi mereka. Saya difahamkan oleh urusetia seminar, sambutan terhadap seminar pada hari tersebut amat menggalakkan sehingga pihak urusetia terpaksa menolak sebahagian perdaftaran peserta. Pihak urusetia seminar pada mulanya merancang penyertaan terhad kepada 50 orang sahaja tetapi pada hari ini penyertaan dihadiri seramai 60 orang peserta. ProjekCendawan.Com dan Biro Ekonomi UMNO Bahagian Pekan serta Pekan Cendawan amat berasa bangga dengan sambutan yang menggalakkan ini. Semoga Parlimen lain menjadi kan satu pelan tindakan bagi menggalakan penanaman cendawan sebagi tanaman komersil bahkan boleh mengubah kehidupan keluarga petani.Berikut disertakan alamat bagi rangkaian projekCendawan di daerah Pekan, Pahang kepada yang berminat bagi mengetahui kursus bagi sekitar Parlimen Pekan..
ZAINUZI HASSAN
Pengurus Projek,
Pekan Cendawan,
No. 253, Jalan Sultan Abu Bakar, Kg. Mengkasar,
26600 Pekan, Pahang.
Tel : 019-985 7777
0 Komen & pandangan:
Catat Ulasan