Pages

PROMOSI NOTA CENDAWAN 2011

PERCUMA PANDANGAN @ KOMEN @ IKLAN DISINI

ProjekCendawan 0 Komen & pandangan

Tahukah anda bahawa penanaman cendawan telah termaktub di dalam Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah di bawah tajuk Makanan Tanaman bagi matapelajaran Pelajaran Vokasional oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia .


Berikut adalah Sinopsis Bagi Tajuk Tanaman Makanan.

PENDAHULUAN

Tanaman Makanan ialah satu daripada mata pelajaran elektif vokasional di sekolah menengah atas dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Mata pelajaran ini yang berlandaskan teknologi memberi penekanan kepada daya produktiviti secara praktis kepada murid dalam bidang penanaman hasilan makanan.

Tanaman Makanan adalah kesinambungan daripada mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah menengah. Penggubalan mata pelajaran ini merupakan usaha Kementerian Pendidikan ke arah mempertingkatkan kemahiran praktis dan menanam semangat keusahwanan di kalangan murid dalam bidang pertanian untuk peningkatan daya pengeluaran negara.

Melalui mata pelajaran ini, murid boleh mengusahakan tanaman makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, herba dan ulam, cendawan dan tauge. Murid perlu menjalankan kerja amali
mengenai kaedah penanaman yang meliputi penyediaan bahan dan alatan, tapak atau kawasan, pembajaan, sistem pengairan, kawalan perosak dan penyakit, pengendalian lepas tuai dan penyimpanan rekod ladang. Mereka juga mengaplikasikan teknologi dalam tanaman makanan di kawasan berstruktur dan kawasan terbuka untuk menghasilkan pelbagai produk tanaman untuk tujuan komersil.

Dengan penguasan kemahiran ini, murid yang mengambil mata pelajaran ini berkebolehan mengusahakan ladang mini buah-buahan, sayur-sayuran, herba dan ulam, cendawan dan tauge atau bekerja di ladang berkaitan sebagai pembantu juruteknik pertanian.


Mata Pelajaran Tanaman Makanan

Mata pelajaran ini bertujuan melahirkan murid yang boleh mengusahakan tanaman makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, herba, ulaman dan cendawan. Murid menjalankan kerja amali mengenai kaedah penanaman yang meliputi penyediaan tapak atau kawasan, pembajaan, sistem pengairan, kawalan perosak dan penyakit, pengendalian lepas tuai dan penyimpanan rekod ladang. Murid perlu terlibat dalam kerja-kerja amali dalam penanaman dan penjagaan beberapa jenis tanaman seperti pisang, tembikai, sawi, pegaga, ulam raja dan cendawan tiram. Para lepasan SPM yang mengambil mata pelajaran ini boleh mengusahakan ladang mini buah-buahan dan sayur-sayuran atau bekerja di ladang berkaitan sebagai pembantu juruteknik pertanian.

Rujukan: http://myschoolnet.ppk.kpm.my/indexg.htm

Peluang Depan Mata: "Pemasaran Beg PP Cendawan boleh dibekalkan kepada Sekolah-sekolah yang mempunyai matapelajaran Vokasional. Terdapat 5 ribu buah sekolah yang terlibat di dalam Matapelajaran Pertanian ini. Jangan lepaskan peluang untuk membekalkan beg PP ini. " -izwan


0 Komen & pandangan: