PROMOSI NOTA CENDAWAN 2011

PERCUMA PANDANGAN @ KOMEN @ IKLAN DISINI

ProjekCendawan 0 Komen & pandangan

Acapkali saya dihubungi bagaimana untuk mendapatkan pembiayaan atau pinjaman bagi sesuatu projek pertanian. Ramai pengunjung laman web projek cendawan bertanya bagaimana untuk mendapatkan pinjaman? dimana? dan bagaimana?? Disini saya memaparkan bebarapa agensi yang boleh membantu anda di dalam pembiayaan pinjaman khususnya penanaman cendawan secara komersil. Mungkian ada dikalangan anda tidak mengetahui dana yang ada boleh digunakan. Antaranya dana yang jarang digunakan adalah Skim 3F di bawah Bank Petanian Malaysia Dan Skim Pembiayaan Ekonomi Desa dibawah Kementerian Pemangunan Luar Bandar yang jarang digunakan untuk membuat pembiayaan. Walhal agensi yang saya nyatakan tadi amat mengalu-alukan kepada pengusaha pertanian untuk membuat pinjaman dibawah skim ini dengan syarat setiap projek hendaklah mengikut kriteria-kritia yang diperlukan.


BANK PERTANIAN MALAYSIA

MAJLIS AMANAH RAKYAT MALAYSIA (MARA)
MAJLIS PEMBANGUNAN EKONOMI BELIA

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR


Nota kami: Pinjaman merupakan satu suntikan bagi menjalankan kos operasi untuk mencapai keuntungan selaras membuat bayaran balik pinjaman. :) Yang paling penting kertas kerja hendaklah sempurna di dalam membuat untung rugi dan pemasaran.

0 Komen & pandangan: