Pages

PROMOSI NOTA CENDAWAN 2011

PERCUMA PANDANGAN @ KOMEN @ IKLAN DISINI

ProjekCendawan 0 Komen & pandangan


Koridor Utara zon makanan moden

PERTANIAN merupakan sektor ekonomi utama di kawasan utara Semenanjung Malaysia dengan padi menjadi tanaman utama. Pembabitan tenaga kerja dalam bidang ini pula ialah 21.7 peratus bagi Perlis, 19 peratus bagi Kedah, Perak (18 peratus) dan Pulau Pinang (1.4 peratus).

Selain padi, aktiviti-aktiviti pertanian di Koridor Utara turut merangkumi tanaman komersial seperti kelapa sawit, getah dan tebu serta penanaman buah-buahan dan sayur-sayuran.

Daripada sejumlah 800,000 hektar kawasan pertanian utama hampir 42 peratus ditanam dengan padi, lebih kurang 49 peratus dengan kelapa sawit sementara getah dan tebu masing-masing tiga peratus.

Bagaimanapun, pendapatan para petani didapati masih rendah berbanding pendapatan pekerja di sektor-sektor lain.

Ia berpunca daripada kadar pengeluaran tanaman yang rendah, yang disebabkan oleh beberapa faktor asas.

Salah satu objektif utama Koridor Utara adalah untuk menangani faktor-faktor tersebut, seterusnya meningkatkan pendapatan petani dan juga sumbangan ekonomi dari sektor pertanian.

Koridor Utara akan dijadikan zon makanan moden bagi Malaysia, bermula dengan inovasi daripada pakar-pakar sains, yang kemudiannya digunapakai dan dikomersialkan oleh pihak industri berdasarkan piawaian antarabangsa dan dipasarkan ke pasaran domestik serta luar negara.

Perubahan dari amalan-amalan sedia ada kepada amalan-amalan ‘pertanian baru’ adalah amat penting bagi menangani isu kadar pengeluaran yang rendah dan menambahbaik produktiviti tanah. Ini seterusnya akan meningkatkan sumbangan ekonomi sektor pertanian, menambah pendapatan penduduk luar bandar dan mengurangkan defisit perdagangan negara dalam bahan makanan yang telah meningkat kepada RM7.4 bilion pada tahun 20053.

Selaras dengan program-program untuk meningkatkan kualiti hasil pertanian di Koridor Utara terdapat beberapa inisiatif khas untuk mengukuhkan nilai jenama bagi membolehkan produk-produk memperoleh harga premium yang lebih tinggi di pasaran domestik dan antarabangsa.

Sebuah organisasi pemasaran yang profesional akan dilantik untuk menjenamakan dan memasarkan sesetengah produk Koridor Utara untuk mewujudkan kaitan kualiti dengan wilayah ini seperti kejayaan penjenamaan ‘Australian Beef’ dan ‘California Grapes’.

Untuk melengkapkan usaha-usaha penjenamaan, organisasi benih dan piawaian akan bertanggungjawab menjalankan pemeriksaan kualiti ke atas syarikat-syarikat yang menggunakan jenama Koridor Utara bagi memastikan bahawa nilai jenama terpelihara.

Selain itu, bakat dalam bidang pertanian di Koridor Utara hendaklah diasak lagi untuk menggalakkan langkah ke arah pertanian baru.

Program biasiswa akan diperkenalkan bagi membiayai pelajar-pelajar dari keluarga Koridor Utara untuk mempelajari subjek-subjek pertanian moden seperti pertanian bioteknologi di universiti tempatan dan asing.

Penubuhan Fakulti Pertanian bagi Koridor Utara juga sedang dirancang untuk menjamin kesediaan tenaga pekerja dan keperluan penyelidikan masa depan.

Selain daripada program-program di atas, inisiatif spesifik akan dilaksanakan sama ada untuk memodenkan pertanian tanaman-tanaman yang sedia ada atau untuk menggalakkan pertanian moden secara besar-besaran di kawasan yang berpotensi tinggi.

Segala usaha ini diharap dapat mengubah Koridor Utara daripada satu kawasan pertanian tradisi kepada zon pengeluaran makanan moden yang menguntungkan.

Penanaman Padi

Sektor padi berpotensi untuk meningkatkan produktiviti daripada tahap pengeluaran semasa iaitu 3-5 tan sehektar kepada 8 tan sehektar menjelang 2012 dan 9-10 tan sehektar menjelang 2020 jika isu-isu semasa seperti infrastruktur pengairan dapat ditangani. Ini akan meningkatkan tahap pendapatan petani-petani dan juga mengurangkan pergantungan atas import padi dari negara lain.

Inisiatif-inisiatif untuk meningkatkan pengeluaran padi dan menambah pendapatan petani termasuk:

* Penghasilan biji benih padi bermutu tinggi di Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Benih.

* Penambahan bilangan pengeluar biji benih yang diperakui.

* Pewartaan kawasan jelapang utama untuk melindungi kawasan padi daripada digunakan untuk tujuan selain pertanian makanan.

* Pelaksanaan program pertanian bersepadu untuk mempelbagaikan dan meningkatkan pendapatan petani, contohnya, penternakan ikan di dalam tali air atau penanaman buah-buahan dan tanaman kontan di sepanjang batas.

*Penambahan nilai kepada hasil padi dengan menggalak aktiviti hiliran berasas dedak, jerami dan sekam padi.

* Penukaran jenis tanaman bagi petani-petani di kawasan yang tidak dirangkumi sistem pengairan moden.

Akuakultur dan Perikanan

Koridor Utara dianugerahkan ciri-ciri semula jadi yang memanfaatkan sektor perikanan dan akuakultur seperti kepelbagaian spesies ikan, kawasan pesisiran pantai sepanjang 700km dan kewujudan sumber-sumber air tawar. Kementerian Pertanian telah mengenal pasti 217 hektar tanah di Perlis dan 202 hektar tanah di Ulu Lenggong, Kedah, yang sesuai digunakan untuk aktiviti-aktiviti akuakultur.

Inisiatif-inisiatif untuk menggalakkan perikanan dan akuakultur termasuk:

* Penubuhan pusat penetasan di Kedah khusus untuk penternakan anak-anak ikan premium untuk makanan atau hiasan.

* Pembangunan industri perikanan laut dalam dan kilang-kilang pemprosesan ikan di Kuala Perlis.

* Pengezonan kawasan pesisiran pantai tertentu untuk penternakan ikan dan kerang-kerangan di dalam sangkar.

* Pendalaman tali air untuk membolehkan aktiviti-aktiviti akuakultur.

Penternakan

Kebanyakan aktiviti penternakan haiwan dijalankan oleh pekebun-pekebun kecil. Untuk meningkatkan daya saing industri daging tempatan, penternak-penternak akan digalak untuk mengamalkan kaedah fidlot. Pusat Fidlot Kebangsaan di Gemas akan menjadi salah satu sumber haiwan ternakan bagi program fidlot di Koridor Utara.

Produk hampas pertanian seperti jerami, tanaman hijau dan isirung sawit boleh digunakan sebagai makanan haiwan ternakan. Penternakan haiwan akan dijalankan secara berkelompok untuk mencapai skala yang membolehkan pelaksanaan aktiviti-aktiviti penyembelihan, pemprosesan dan pengedaran secara komersial.

Pembangunan sektor penternakan haiwan akan dapat membantu mengurangkan pergantungan atas daging import dan juga mewujudkan sumber pendapatan tambahan bagi para petani di antara kitar menanam dan menuai.

Inisiatif-inisiatif untuk menggalak penternakan haiwan termasuk:

* Pembangunan sistem fidlot di tahap kampung dan daerah, dengan Pusat Fidlot Kebangsaan, Gemas sebagai sumber pembiakan haiwan

* Pengubahan estet-estet industri yang terbiar kepada ladang ternakan premium. Ini akan menjadi kawasan-kawasan berteknologi tinggi yang tertumpu ke atas produk- produk daging premium seperti burung unta, rusa dan ayam kampung.

* Pembangunan pusat pemprosesan halal di Sg. Petani, Tasik Gelugor dan Padang Besar khusus untuk pasaran eksport

Buah-Buahan dan Sayur-Sayuran

Penanaman buah-buahan, sayur-sayuran, herba dan rempah-ratus akan digalakkan di kawasan tanah yang terbiar. Ini akan menjana sumber-sumber pendapatan baru bagi petani dan meningkatkan pertumbuhan eksport Malaysia.

Inisiatif-inisiatif untuk menggalak pertanian buah-buahan dan sayur-sayuran termasuk:

* Penghasilan benih-benih berkualiti tinggi di Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Benih

* Melatih dan menggalak petani-petani padi untuk menanam pokok buah-buahan dan tanaman kontan di sepanjang tali air dan batas bendang.



Nota kami: diharapkan pengusaha-pengusaha cendawan yang boleh menjanakan industri cendawan secara komersil dan besar-besaran.

0 Komen & pandangan: