Pages

PROMOSI NOTA CENDAWAN 2011

PERCUMA PANDANGAN @ KOMEN @ IKLAN DISINI

ProjekCendawan 0 Komen & pandangan

JOHOR BAHRU 14 Sept 2005. -

Teknologi Efektif Mikroorganisma (EM) yang kini digunakan bagi tanaman sayur-sayuran dan ternakan akan diperluaskan terhadap sawah padi di negeri ini dalam mengeluarkan hasil beras yang berkualiti tinggi.Menteri Besar, Dato' Haji Abdul Ghani Othman berkata, perlaksanaan EM akan dimulakan pada musim menanam padi akan datang dan melibatkan kawasan seluas 2,000 hektar di negeri ini yang akan digunakan secara optimum.Menurut beliau, pengeluaran hasil padi dengan meggunakan teknologi EM itu menghasilkan beras yang lebih baik berbanding penggunaan bahan tertentu bagi tanaman itu."Penggunaan teknologi pertanian itu akan menghasilkan pengeluaran padi dan beras secara organik yang amat baik kepada masyarakat," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Bangunan Sultan Ibrahim di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan penggunaan EM itu dimulakan di Lembak Bio-Tek Peladang Johor Sungai Lebak, Kota Tinggi sebagai perintis dalam memperluaskan EM bagi sektor pertanian. Seluas 80 hektar tanah digunakan bagi tujuan itu dalam pengeluaran benih cendawan dan kaedah bioteknologi dalam penghasilan baja organik yang diusahakan di lembah tersebut.

Kaedah itu bukan sahaja dapat mempertingkatkan produktiviti tanaman yang diusahakan tetapi juga mampu menangkis serangan penyakit terhadap tanaman.Abdul Ghani berkata, teknologi tersebut akan digunakan di kawasan sawah padi yang terdapat di negeri ini seperti di Kahang, Sungai Mati, Sungai Balang dan Sarang Buaya di Muar.Dalam pada itu beliau memberitahu, Johor merupakan negeri pertama di negara ini menggunakan EM bagi membolehkan golongan petani mengeluarkan hasil pertanian dan ternakan yang lebih baik.Katanya, setakat ini projek perintis tersebut sedang dilakukan di lembah itu dan akan dikembangkan kepada pekebun kecil tidak lama lagi dalam menggunakan teknologi tersebut supaya mereka dapat mengeluarkan hasil pertanian mereka."Kita berharap pekebun kecil mendapat manfaat daripada kaedah itu kerana bukan sahaja mendapat hasil yang lebih baik tetapi mengeluarkan tanaman yang bermutu tinggi," katanya.Beliau berkata, bahan EM itu telah digunakan di beberapa buah negara Asia dan ia digunakan secara meluas bagi sayur-sayuran dan ternakan.Jelas beliau, bahan tersebut boleh didapati di pasaran dan kalangan petani yang berminat untuk menghasilkan produk berkualiti digalakan menggunakan teknologi itu dalam pertanian mereka.

Sumber : Utusan Malaysia Khamis 15 September, 2005

Nota kami: Em Sudah bermula sejak 2005 lagi. Lembaga Pertubuhan Peladang Johor sudah memulakan Teknologi EM dalam Cendawan. Nampaknya kita kena mengetahui informasi penggunaan EM didalam Perusahaan Cendawan. EM oh EM... :) -izwan

0 Komen & pandangan: