Pages

PROMOSI NOTA CENDAWAN 2011

PERCUMA PANDANGAN @ KOMEN @ IKLAN DISINI

ProjekCendawan 0 Komen & pandangan

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera kepada semua pengunjung laman web projekcendawan. Alhamdulillah setelah sebulan dilancarkan blog ini menerima capaian yang tertinggi sejak 12 mei 2007. Memang tidak dijangka dengan permintaan yang meluas dari pengunjung-pengunjung web yang ingin mengetahui berkaitan dengan penanaman cendawan tiram yang boleh menjanakan pendapatan yang tinggi.

Ramai juga yang menghubungi saya untuk mendapatkan nota-nota asas penanaman cendawan ini. Ada juga yang ingin mengetahui maklumat berkaitan penanam-penanam cendawan seluruh Malaysia, akhirnya wujudlah sebuah direktori yang menempatkan semua alamat-alamat yang boleh anda lawati ladang-ladang rumah cendawan ini. Ada yang dibuat secara kecil-kecilan mahupun secara berkala besar-besaran.

Diatas permintaan ramai, saya akan membuat le tour dari ladang ke ladang cendawan bagi mendapatkan maklumat dan informasi yang boleh kita kongsikan bersama. Kami dari ProjekCendawan.com berbesar hati sekiranya dapat melawat ladang-ladang yang akan terpilih sebagai sumber inspirasi dan inrformasi bagi bakal-bakal penanam cendawan.

Jadi tunggu sahajalah kemunculan Segmen Dari Ladang Ke Ladang Cendawan. Pastinya ia adalah satu revolusi pertanian yang merubah kehidupan anda untuk menjadikan ia sebuah kerjaya pilihan. Bukannya yang dipandang lekeh. SElamat Maju Jaya Kepada semua penanam cendawan dan bakal yang menceburi bidang ini.

Salam Mesra dari Saya

MOHD IZWAN BIN MOHD KHALIT
USAHAWAN TANI TRADING

0 Komen & pandangan: